Alkitab Versi Borneo |
1Bersyukurlah kepada TUHAN, serulah nama-Nya;
beritahulah bangsa-bangsa tentang perbuatan-Nya. 2Menyanyilah untuk-Nya, nyanyikan mazmur untuk-Nya; katakanlah segala hasil kerja-Nya yang menakjubkan. 3Muliakanlah nama-Nya yang suci;
biarlah hati mereka sukacita, mereka yang mencari TUHAN. 4Carilah TUHAN dan kekuatan-Nya;
carilah wajah-Nya selama-lamanya. 5Ingatlah perbuatan-Nya yang menakjubkan, mukjizat-Nya, dan hukum-hukum yang difirmankan-Nya, 6Wahai benih Abraham hamba-Nya, kamu anak cucu Yakub, orang pilihan-Nya. 7Dia TUHAN Allah kita;
hukum-hukum-Nya di seluruh bumi. 8Dia ingat akan perjanjian-Nya selama-lamanya, firman yang diperintahkan-Nya, bagi seribu keturunan, 9Bperjanjian yang telah dibuat-Nya dengan Abraham, dan sumpah-Nya kepada Ishak. 10CDan mengesahkannya kepada Yakub sebagai ketetapan, kepada Israel sebagai perjanjian yang kekal selama-lamanya: 11"Kepadamu Aku akan memberi Tanah Kanaan sebagai bahagian warisanmu." 12Ketika mereka hanya sebilangan kecil, cuma segelintir, dan orang asing di situ, 13apabila mereka pergi daripada satu bangsa kepada satu bangsa, daripada satu kerajaan kepada yang lain. 14DDia tidak membenarkan sesiapa pun menyakiti mereka; ya, Dia memarahi raja-raja kerana mereka: 15"Jangan sentuh umat yang Kuurapi; dan jangan sakiti nabi-nabi-Ku." 16EDia juga mengadakan kebuluran di tanah itu,
Dia memusnahkan semua bekalan makanan; 17FDia menghantar kepada mereka seorang bernama Yusuf – yang telah dijual sebagai hamba. 18GMereka menyakitkan kakinya dengan belenggu, dan mengikatnya dengan rantai besar, 19hingga sampai masa terjadi apa yang telah dikatakan-Nya,
dan firman TUHAN membuktikan dia benar. 20HRaja menghantar orang untuk mengeluarkannya dari penjara, pemerintah bangsa itu membebaskannya. 21IDia menjadikan Yusuf ketua rumahnya, dan penguasa segala miliknya, 22untuk mengarahkan putera-puteranya sekehendak hatinya dan mengajarkan kebijaksanaan kepada para tua-tuanya. 23KKemudian Israel datang ke Mesir; dan Yakub tinggal di tanah asing Ham. 24LLalu TUHAN menambah umat-Nya dengan ramainya;
dan menjadikan mereka lebih perkasa daripada musuh mereka. 25Dia memalingkan hati mereka supaya membenci umat-Nya, memperdaya hamba-hamba-Nya. 26MMaka Dia menghantar hamba-Nya Musa, dan Harun yang telah dipilih-Nya. 27Mereka menunjukkan tanda-tanda-Nya dalam kalangan mereka, dan melakukan mukjizat di tanah Ham. 28NKemudian Dia menghantar kegelapan menyelubungi segala-galanya – kerana mereka memberontak terhadap firman-Nya. 29ODia menukarkan perairan mereka menjadi darah, dan membunuh ikan mereka. 30PTanah mereka dipenuhi katak, sampai ke bilik istana raja-raja mereka. 31RDia berfirman, maka datanglah lalat yang banyak, dan agasi di seluruh wilayah mereka. 32SDia mengubah hujan menjadi hujan batu, dan mencurahkan api bernyala-nyala di tanah mereka. 33Dia juga menumbangkan pokok anggur dan pokok ara serta menghancurkan pokok-pokok di wilayah mereka. 34TDia berfirman, maka datanglah belalang, belalang muda yang tidak terkira banyaknya; 35yang memakan semua tanaman di tanah mereka, dan buah-buahan di kawasan mereka. 36UDia juga membunuh semua anak lelaki sulung di tanah mereka, yang pertama daripada seluruh kekuatan mereka. 37VDia membawa umat-Nya keluar dengan perak dan emas, dan tiada yang lemah antara suku-suku-Nya. 38Apabila mereka pergi orang Mesir bersukacita, kerana takut akan mereka. 39WDia memayungi umat-Nya dengan awan untuk berteduh, dan memberikan api untuk menerangi mereka pada waktu malam. 40XMereka memohon, lalu Dia membawakan burung puyuh dan mengenyangkan mereka dengan roti syurga. 41YDia membukakan batu pejal, maka air terpancar; lalu mengalir di tempat-tempat gersang seperti sungai. 42Kerana Dia ingat akan janji-Nya yang suci dan hamba-Nya Abraham. 43Dia membawa keluar umat-Nya dengan bahagia, kaum pilihan-Nya dengan sorak-sorai kegembiraan; 44ZDia memberi kepada mereka tanah orang asing, dan mereka mewarisi usaha bangsa-bangsa lain – 45supaya mereka mematuhi ajaran-ajaran-Nya
dan mentaati hukum-hukum-Nya.
Pujilah TUHAN!