Alkitab Versi Borneo |
Mengikut jalan Allah 1Hai anakku, jangan lupakan ajaranku, tetapi hendaklah hatimu memegang perintah-perintahku, 2kerana segalanya akan memberikan kepadamu umur panjang, usia lanjut, dan kesejahteraan. 3Jangan biarkan kasih setia dan kebenaran meninggalkan kamu, kalungkannya di lehermu dan pahatkannya di loh hatimu. 4ADengan demikian engkau akan disukai serta memperoleh nama baik di mata Allah dan manusia. 5Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu
dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. 6Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu. 7BJangan anggap dirimu bijak,
takutlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan. 8Itulah yang kelak mendatangkan kesihatan bagi tubuhmu dan kekuatan bagi tulang-tulangmu. 9Muliakanlah TUHAN dengan hartamu
dan dengan hasil pertama daripada segala penghasilanmu, 10maka segala bangsal hasil tuaianmu akan terisi hingga melimpah-ruah dan meluaplah air anggur di dalam segala tempat pemerasan anggurmu. 11CDHai anakku, jangan pandang sepi pengajaran TUHAN,
dan janganlah berasa geram terhadap teguran-Nya, 12Ekerana TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya,
seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya. 13Betapa berbahagianya orang yang mendapat hikmah, dan orang yang memperoleh pengertian, 14kerana labanya lebih besar daripada keuntungan perak, dan hasilnya lebih berharga daripada emas. 15Hikmah lebih bernilai daripada batu permata, dan apa-apa pun yang kamu idamkan tidak sebanding dengannya. 16Di tangan kanannya umur panjang, di tangan kirinya kekayaan dan kehormatan. 17Jalan-jalannya jalan keselesaan, dan segala lorongnya kesejahteraan. 18Hikmah pokok hayat bagi yang berpaut padanya, berbahagialah orang yang memeluknya seerat-eratnya. 19Dengan hikmah TUHAN meletakkan asas bumi,
dan dengan pengertian Dia menetapkan langit. 20Dengan pengetahuan-Nya sumber air yang dalam terpancar keluar, dan awan-awan menitiskan embun. 21Hai anakku, peganglah hikmah dan kebijaksanaan, jangan biarkan semua itu luput daripada pandanganmu; 22semua itu akan menjadi kehidupan bagi jiwamu dan perhiasan bagi lehermu. 23Maka engkau akan melangkah di jalanmu dengan selamat, dan kakimu tidak akan tersandung. 24Ketika berbaring, engkau tidak akan berasa takut, engkau akan berbaring dan mendapat nikmat tidur yang lena. 25Janganlah takut terhadap kengerian yang datang tiba-tiba, atau terhadap kebinasaan yang kelak melanda orang durjana, 26kerana TUHAN sumber keyakinanmu,
dan akan menjaga kakimu daripada terjerat. Persaudaraan sesama manusia 27Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya. 28Jangan katakan kepada sesamamu, "Pergilah dan kembalilah lagi, esok akan kuberi," padahal apa yang diminta itu ada padamu. 29Janganlah merancang kejahatan terhadap jiranmu, walhal dia tinggal tanpa curiga berdekatan denganmu. 30Jangan bersengketa tanpa alasan dengan orang yang tidak pernah berbuat jahat kepadamu. 31Janganlah iri hati terhadap orang yang ganas, dan jangan memilih satu pun daripada jalannya, 32kerana orang yang mungkar adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi Dia akrab dengan orang yang tulus ikhlas. 33Kutukan TUHAN adalah terhadap rumah orang durjana,
tetapi Dia memberkati kediaman orang benar. 34FDia mencemuh para pencemuh, tetapi Dia memberikan anugerah kepada orang yang rendah hati. 35Orang bijaksana akan mewarisi kehormatan, tetapi orang bodoh akan mendapat aib.