Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Nehemia 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Peserta yang terlibat dalam pembinaan tembok

1Imam Besar Elyasib bersama dengan saudara-saudaranya, para imam, segera membina semula Pintu Gerbang Domba. Mereka menyucikannya dan memasang pintu-pintunya sampai sejauh Menara Mea dan Menara Hananeel.

2Di sebelah mereka orang Yerikho membina; dan di sebelah orang Yerikho Zakur anak Imri membina.

3Pintu Gerbang Ikan dibina oleh bani Senaa. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang pintu-pintunya serta pengancing-pengancing dan palang-palangnya.

4Di sebelah mereka Meremot anak Uria anak Hakos menjalankan kerja-kerja pembaikan, manakala di sebelah Meremot pula ialah Mesulam anak Berekhya anak Mesezabeel dan seterusnya Zadok anak Baana juga menjalankan kerja-kerja pembaikan.

5Di sebelah Zadok kalangan Tekoa menjalankan kerja-kerja pembaikan, tetapi kaum bangsawan mereka tidak mahu berganding bahu demi berkhidmat kepada para pemimpin mereka.

6Pintu Gerbang Lama diperbaik oleh Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang segala pintunya berserta pengancing dan palangnya.

7Di sebelah mereka Melaca, orang Gibeon, dan Yadon, orang Meronot, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama orang Gibeon dan Mizpa yang berada di bawah bidang kuasa pembesar daerah seberang Sungai Efrat.

8Di sebelah mereka Uziel anak Harhaya, salah seorang tukang emas, menjalankan kerja pembaikan, dan di sebelahnya lagi Hananya, salah seorang tukang campur rempah-rempah, juga menjalankan kerja pembaikan. Mereka memperkukuh Yerusalem sampai ke Tembok Lebar.

9Di sebelah Hananya, Refaya anak Hur iaitu seorang pemimpin bagi separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan, 10dan di sebelahnya Yedaya anak Harumaf menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan rumahnya. Di sebelahnya pula, Hatus anak Hasabneya menjalankan kerja pembaikan.

11Malkia anak Harim dan Hasub anak Pahat-Moab memperbaik bahagian yang lain serta Menara Ketuhar, 12manakala di sebelah mereka, Salum anak Halohes, pemimpin separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama anak-anak perempuannya.

13Hanun dan penduduk Zanoah memperbaik Pintu Gerbang Lembah. Mereka membinanya semula dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Mereka juga memperbaik tembok sepanjang seribu hasta sampai ke Pintu Gerbang Sampah.

14Malkia anak Rekhab, pemimpin wilayah Bet-Kerem memperbaik Pintu Gerbang Sampah dan dia membinanya semula dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya.

15Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

16Di sampingnya Nehemia anak Azbuk, pemimpin separuh daripada daerah Bet-Zur, menjalankan kerja pembaikan sampai ke tempat di depan pemakaman Daud, ke kolam buatan, dan ke berek para kesateria.

17Bersebelahan dengan Nehemia anak Azbuk pula, bani Lewi menjalankan kerja pembaikan di bawah pimpinan Rehum anak Bani.

Kemudian di sebelah mereka Hasabya, pemimpin separuh daripada daerah Kehila, menjalankan kerja pembaikan untuk wilayahnya.

18Di sampingnya para saudara mereka di bawah pimpinan Binui anak Henadad, pemimpin separuh daripada daerah Kehila, juga menjalankan kerja pembaikan.

19Di sebelah mereka Ezer anak Yesua, pemimpin Mizpa, memperbaik bahagian yang lain di depan jalan naik ke gudang senjata di bahagian penyangga.

20Di samping Ezer, Barukh anak Zabai dengan giat memperbaik bahagian yang lain, dari bahagian penyangga sampai ke pintu rumah Imam Besar Elyasib.

21Di samping Barukh, Meremot anak Uria anak Hakos juga memperbaik bahagian yang lain, dari pintu masuk Elyasib sampai ke hujung rumah Elyasib.

22Bersebelahan dengan Meremot, para imam, dari kawasan sekeliling Lembah Yordan pula menjalankan kerja pembaikan.

23Selepas mereka, Benyamin dan Hasub menjalankan kerja pembaikan di depan rumah mereka sendiri, lalu disambung oleh Azarya anak Maaseya anak Ananya yang menjalankan kerja pembaikan di sisi rumahnya sendiri.

24Di samping Azarya, Binui anak Henadad memperbaik bahagian yang lain, dari rumah Azarya sampai ke bahagian penyangga dan bahagian penjuru.

25Palal anak Uzai menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan bahagian penyangga dan di depan menara yang menanjak dari bahagian atas istana raja, dekat Laman Luar Para Pengawal.

Selepasnya, Pedaya anak Paros 26dan para hamba Bait Allah yang tinggal di Ofel menjalankan kerja pembaikan sampai ke depan Pintu Gerbang Air di sebelah timur, hingga ke menara yang menjulang itu.

27Di sisi Pedaya pula orang Tekoa memperbaik bahagian yang lain, dari depan menara besar yang menjulang itu sampai ke tembok Ofel.

28Di atas Pintu Gerbang Kuda, para imam menjalankan kerja pembaikan di depan rumah masing-masing.

29Di samping mereka Zadok anak Imer menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan rumahnya sendiri, lalu di sampingnya Semaya anak Sekhanya, penjaga Pintu Gerbang Timur, juga menjalankan kerja pembaikan.

30Di sebelah Semaya, Hananya anak Selemya dan Hanun, anak lelaki keenam Zalaf, memperbaik bahagian yang lain.

Di sisi mereka Mesulam anak Berekhya menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan biliknya.

31Selanjutnya, di samping Mesulam, salah seorang tukang emas iaitu Malkia, menjalankan kerja pembaikan sampai ke rumah para hamba Bait Allah dan para pedagang di depan Pintu Gerbang Perbarisan, sampai ke bilik atas di bahagian penjuru.

32Di antara bilik atas di bahagian penjuru dengan Pintu Gerbang Domba, para tukang emas dan para pedagang menjalankan kerja pembaikan.