Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 23

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus mengecam orang Farisi

1Yesus berkata kepada orang ramai dan murid-murid-Nya: 2"Ahli Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa. 3Oleh itu, patuhilah dan turutilah perintah yang diajarkan oleh mereka. Tetapi jangan contohi perbuatan mereka, kerana tidak selaras dengan ajaran mereka. 4Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahu menolong orang memikul beban itu.

5CMereka melakukan sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Kitab Suci yang diikatkan pada dahi dan lengan mereka, serta betapa panjangnya rumbai jubah mereka. 6Mereka suka duduk di tempat terhormat di majlis jamuan dan kerusi khas di saumaah.i 7Mereka suka diberi salam hormat di pasar dan suka dipanggil 'rabbi.'ii

8Janganlah suruh orang memanggilmu 'rabbi,' kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu. 9Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini 'bapa,' kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga. 10Janganlah suruh orang memanggilmu 'pemimpin,' kerana Pemimpinmu hanya satu, iaitu Kristus. 11DOrang yang terbesar antaramu haruslah menjadi pelayanmu. 12EOrang yang meninggikan diri akan direndahkan, dan orang yang merendahkan diri akan ditinggikan."

13"Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menutupi kerajaan syurga di muka orang. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk masuk. 14Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menipu balu dan merampas rumahnya, kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yang lebih berat.iii

15Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun demikian, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu.

16Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamu mengajar orang demikian, 'Jika seorang bersumpah demi Bait Suci, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam Bait Suci, dia terikat pada sumpahnya.' 17Hai orang bodoh dan buta! Yang mana lebih penting, emas atau Bait Suci yang menjadikan emas itu suci? 18Kamu juga mengajar orang begini, 'Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia terikat pada sumpahnya.' 19Hai orang yang buta hati! Yang manakah lebih penting, persembahan atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci? 20Ketahuilah apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah dan demi segala persembahan di atasnya. 21Apabila seseorang bersumpah demi Bait Suci, dia bersumpah demi Bait Suci itu dan demi Dia yang tinggal di situ. 22FApabila seseorang bersumpah demi syurga, dia bersumpah demi takhta Allah dan demi Dia yang duduk di atas takhta itu.

23GMalanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu memberikan sepersepuluh daripada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manis dan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan, belas kasihan dan kesetiaan. Kamu harus mengerjakan semua ini tanpa melalaikan ajaran yang lain. 24Hai pemimpin yang buta! Agas kamu tapis, tetapi unta kamu telan.

25Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. 26Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.

27HMalanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang mayat dan segala macam kekotoran. 28Begitulah kamu! Pada lahirnya kamu orang yang benar, tetapi sebenarnya kamu durjana dan munafik."

29"Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membina makam yang indah untuk nabi-nabi dan menghiasi kubur orang yang benar. 30Kamu berkata, 'Kalaulah kami hidup pada zaman nenek moyang kami dahulu, tentu kami tidak akan mengikut perbuatan mereka yang menumpahkan darah para nabi.' 31Jadi, kamu sendiri memberikan kesaksian bahawa kamu keturunan pembunuh nabi! 32Kalau begitu, teruskan dan sempurnakanlah apa yang dimulakan oleh nenek moyangmu!

33IHai kamu ular, bahkan kamu bagaikan ular kapak berbisa! Bagaimana kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman neraka? 34Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi, orang bijaksana dan ahli Taurat kepadamu. Kamu akan membunuh dan menyalib mereka. Yang lain pula kamu sebat di dalam saumaah,iv dan buru dari kota ke kota. 35KDengan demikian darah semua orang benar yang tertumpah di bumi akan ditanggungkan kepadamu: mulai daripada darah Habel yang tidak bersalah itu hingga kepada darah Zakharia anak Berekhya, yang kamu bunuh di antara rumah ibadat dengan mazbah. 36Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, semuanya itu akan ditanggungkan kepada keturunan zaman ini.

37Yerusalem, Yerusalem! Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu. 38LRumahmu akan ditinggalkan dan terbiar. 39MSesungguhnya Aku berkata kepadamu, kamu tidak akan melihat Aku lagi sehingga kamu berkata, 'Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.' "