Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 20

A A A
Alkitab Versi Borneo

Ibarat tentang pekerja di ladang anggur

1"Kerajaan syurga seperti seorang tuan tanah yang keluar pada awal pagi untuk mengupah orang bekerja di ladang anggurnya. 2Dia bersetuju membayar upah sekeping wang dinar. Kemudian dia pun menyuruh mereka pergi ke ladang.

3Kira-kira jam ketiga,i tuan tanah itu keluar lagi lalu melihat beberapa orang lain berdiri-diri tanpa berbuat apa-apa di pasar. 4Dia berkata kepada mereka, 'Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan memberimu upah yang berpatutan.' 5Mereka pun pergi.

Pada jam keenamii dan kesembilan,iii begitu jugalah yang terjadi. 6Kira-kira jam kesebelasiv dia pergi lagi ke pasar dan melihat beberapa orang berdiri-diri tidak berbuat apa-apa. Dia menanya mereka, 'Mengapa kamu membuang masa tidak membuat apa-apa kerja?'

7Mereka menjawab, 'Tiada siapa mengupah kami bekerja.'

'Kalau begitu, pergilah bekerja di ladang anggurku,' kata tuan tanah itu.

8ASetelah hari petang, tuan ladang anggur itu berkata kepada ketua pekerja, 'Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulai daripada pekerja yang datang terakhir hingga kepada pekerja yang datang awal sekali.'

9Mereka yang bekerja dari kira-kira jam kesebelasv menerima sekeping wang dinar seorang. 10Oleh itu, mereka yang bekerja sejak pagi menjangka akan menerima bayaran yang lebih, tetapi mereka pun mendapat sekeping wang dinar seorang. 11Mereka pun mulalah bersungut kepada tuan tanah itu. 12Mereka berkata, 'Pekerja-pekerja yang baru datang itu cuma bekerja sejam sedangkan kami sehari suntuk dalam panas matahari. Tetapi tuan membayar kami dan mereka sama sahaja!'

13Tuan tanah itu menjawab seorang daripada mereka, 'Dengarlah, kawan, aku tidak menipumu. Bukankah kamu telah bersetuju bekerja dengan upah sekeping wang dinar sehari? 14Ambillah upahmu dan pulanglah. Aku memang hendak memberi pekerja yang datang terakhir itu upah yang sama. 15Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?' "

16BYesus berkata lagi, "Begitulah, orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang terdahulu akan menjadi yang terakhir."

Yesus memberitahu tentang kematian-Nya

17Ketika Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem, Dia mengajak dua belas orang murid-Nya ke tepi dan berkata hanya kepada mereka: 18"Dengarlah, kita sekarang ke Yerusalem. Di sana Anak Manusia akan dikhianati dan diserahkan kepada ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya. 19Kemudian mereka akan menyerahkan-Nya ke tangan bangsa asing. Dia akan diejek, disebat dan disalib oleh mereka. Tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan semula."

Permintaan seorang ibu

20Setelah itu, isteri Zebedeus datang mendapatkan Yesus dengan kedua-dua orang anaknya. Dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon sesuatu.

21"Apakah permintaanmu?" tanya Yesus.

Ibu itu menjawab, "Berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk dalam kerajaan-Mu di kiri dan kanan-Mu."

22Yesus berkata kepada kedua-dua anak lelaki ibu itu, "Kamu tidak tahu apa yang kamu minta itu. Sanggupkah kamu minum dari cawan yang akan Kuminum?"

"Sanggup," jawab mereka.

23Yesus berkata kepada mereka, "Memang kamu akan minum dari cawan-Ku. Tetapi untuk duduk di kiri dan kanan-Ku, bukanlah Aku memberikannya, tetapi tempat itu milik mereka yang telah disediakan oleh Bapa-Ku."

24Apabila sepuluh murid Yesus yang lain mendengar perkara itu, mereka marah kepada dua orang saudara itu. 25COleh itu, Yesus memanggil mereka kepada-Nya lalu berkata, "Kamu tahu bahawa pemerintah bangsa asing memerintah rakyat dengan kuku besi, dan orang besar melaksanakan kekuasaan ke atas mereka. 26DIni tidak harus berlaku dalam kalanganmu. Sesiapa yang ingin menjadi orang besar dalam kalanganmu mestilah melayan kamu. 27Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama dalam kalanganmu, haruslah menjadi hambamu. 28Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang."

Yesus menyembuhkan dua orang buta

29Yesus meninggalkan Yerikho bersama murid-murid-Nya. Ramai orang mengikut mereka. 30Dua orang buta yang duduk di tepi jalan mendengar bahawa Yesus lalu di situ lalu berseru, "Wahai Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!"

31Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi mereka semakin kuat berseru, "Wahai Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!"

32Yesus berhenti lalu memanggil mereka dan bertanya, "Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?"

33Jawab mereka, "Tuhan, kami ingin melihat!"

34Yesus berbelas kasihan kepada mereka. Dia menyentuh mata mereka, dan serta-merta mereka dapat melihat, lalu mereka pun mengikut-Nya.