Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 16

A A A
Alkitab Versi Borneo

Pengakuan Petrus

13Yesus pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada murid-murid-Nya, "Menurut kata orang, siapakah Anak Manusia ini?"

14AMereka menjawab, "Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain."

15Yesus bertanya, "Menurut kamu, siapakah Aku ini?" 16BSimon Petrus menjawab, "Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup."

17Yesus berkata, "Diberkatilah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga. 18Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya. 19CAku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kamu ikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga." 20Selepas itu dengan tegasnya Yesus melarang murid-murid-Nya memberitahu sesiapa bahawa Dia Kristus.

Yesus memberitahu tentang kematian-Nya

21Sejak itu, Yesus mula berkata terus terang kepada murid-murid-Nya bahawa Dia harus pergi ke Yerusalem dan menanggung banyak penderitaan daripada pihak pemimpin masyarakat, ketua imam, dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula.

22Petrus menarik Yesus ke tepi lalu menegur Dia, "Tuhan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu!"

23Yesus berpaling sambil berkata kepada Petrus, "Pergilah dari sini, Iblis! Engkau batu sandungan bagi-Ku kerana kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia!"

24DKemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya,i memikul salib dan mengikut-Ku. 25ESesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup, dan sesiapa yang mengorbankan hidupnya kerana-Ku akan memperoleh hidup. 26Apalah gunanya jika seseorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu? 27GSudah hampir waktunya Anak Manusia datang bersama para malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia akan memberikan balasan kepada setiap orang menurut perbuatannya. 28Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, beberapa orang di sini tidak akan menemui maut sebelum melihat Anak Manusia datang sebagai Raja dalam Kerajaan-Nya."