Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Maleakhi 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Inilah pernyataan ilahi yang difirmankan Tuhan kepada Israel dengan perantaraan Maleakhi.

Kasihnya Tuhan terhadap orang Israel

2AB"Aku mengasihi kamu," demikianlah firman Tuhan.

"Tetapi kamu bertanya, 'Bagaimanakah Engkau mengasihi kami?' "

"Bukankah Esau itu saudara Yakub?" demikianlah firman Tuhan. "Namun demikian, Yakub Kukasihi, 3tetapi Esau Kubenci. Pergunungannya telah Kujadikan tandus dan harta pusakanya telah Kuserahkan kepada serigala gurun.

4Apabila Edom berkata, 'Sememangnya kami sudah hancur, tetapi kami akan kembali membangunkan reruntuhan itu,' maka beginilah firman Tuhan alam semesta, 'Mereka boleh mendirikan, tetapi Aku akan meruntuhkannya. Mereka akan disebut "Daerah Kefasiqan" dan "Kaum yang dimurkai Tuhan untuk selama-lamanya." '

5Matamu akan melihatnya sendiri dan kamu akan berkata, 'Maha Besar Tuhan sampai di luar negeri Israel!'

Persembahan tercemar daripada para imam

6"Seorang anak menghormati bapanya dan seorang hamba menghormati tuannya. Kalau Aku ini bapa, di manakah rasa hormatmu kepada-Ku? Kalau Aku ini tuan, di manakah rasa takutmu kepada-Ku?" demikianlah firman Tuhan alam semesta, kepada kamu, wahai para imam yang menghina nama-Ku. "Tetapi kamu bertanya, 'Bagaimanakah kami menghina nama-Mu?' " 7"Kamu mempersembahkan santapan persembahan yang cemar di atas mazbah-Ku."

"Lalu kamu bertanya lagi, 'Bagaimanakah kami mencemari Engkau?' "

"Dengan berfikir, 'Meja Tuhan boleh dihina.' 8CApabila kamu mempersembahkan haiwan yang buta sebagai korban, bukankah itu kejahatan? Apabila kamu mempersembahkan haiwan yang tempang dan sakit, bukankah itu kejahatan? Cubalah persembahkannya kepada pembesarmu! Adakah dia akan berkenan kepadamu atau sudi menerima engkau?" demikianlah firman Tuhan alam semesta.

9Sekarang, mohonkanlah belas kasihan Allah, supaya Dia mengasihani kita. Hal ini terjadi akibat perbuatanmu sendiri. Sudikah Dia terima seorang daripada kalangan kamu? Demikianlah firman Tuhan alam semesta. 10"Baiknya kalau ada seorang antara kamu yang mahu menutup pintu, supaya kamu tidak menyalakan api di atas mazbah-Ku dengan sewenang-wenangnya! Aku tidak suka kepada kamu," demikianlah firman Tuhan alam semesta, "dan Aku tidak berkenan menerima persembahan daripada tanganmu. 11Sungguh, dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa. Di setiap tempat dipersembahkan dupa bagi nama-Ku dan juga persembahan yang tahir, kerana nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa," demikianlah firman Tuhan alam semesta. 12"Tetapi kamu mencemarinya dengan berfikir, 'Meja Tuhan itu cemar dan makanan yang ada di situ boleh dihina.' 13Kamu berkata, 'Alangkah susahnya!' dan kamu mendengus meremeh-temehkan hal yang berat," demikianlah firman Tuhan alam semesta. "Kamu membawa haiwan rampasan, haiwan yang tempang, dan haiwan yang sakit sebagai persembahan. Akankah Kuperkenan menerimanya daripada tanganmu?" demikianlah firman Tuhan. 14"Terkutuklah si penipu, yang menazarkan seekor haiwan jantan daripada kawanan ternaknya, tetapi kemudian mempersembahkan haiwan yang cacat kepada Tuhan. Kerana Aku ini Raja yang besar," demikianlah firman Tuhan alam semesta, "dan nama-Ku ditakuti di antara bangsa."