Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 10

A A A
Alkitab Versi Borneo

Ibarat tentang seorang Samaria yang baik hati

25ASeorang ahli Taurat datang dan cuba memerangkap Yesus. Dia bertanya, "Guru, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?"

26Yesus berkata, "Apakah yang tercatat dalam Taurat? Bagaimanakah kamu mentafsirnya?"

27CAhli Taurat itu menjawab, " 'Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh kekuatanmu dan dengan sepenuh fikiranmu serta mengasihi sesama manusia seperti dirimu sendiri.' "

28DYesus berkata kepadanya, "Betullah jawapanmu. Berbuatlah demikian dan kamu akan hidup."

29Tetapi dia hendak membela dirinya lalu dia berkata kepada Yesus, "Siapakah sesama manusia itu?"

30Yesus menjawab, "Ada seorang dalam perjalanan dari Yerusalem ke Yerikho. Dia diserang oleh penyamun yang merompaknya dan membelasahnya sehingga setengah mati. 31Kebetulannya, seorang imam melalui jalan itu. Apabila dia melihat si malang itu, dia menyeberangi jalan dan meneruskan perjalanannya. 32Begitu juga seorang suku bangsa Lewi melalui tempat itu dan melihat si malang itu. Dia juga menyeberangi jalan dan meneruskan perjalanannya. 33EAkan tetapi, seorang bangsa Samaria juga lalu di tempat itu dalam perjalanannya. Dia melihat si malang itu dan hatinya dipenuhi dengan belas kasihan. 34Dia menghampiri si malang itu lalu membersihkan luka-lukanya dengan air anggur dan minyak serta membalut luka itu. Kemudian, dia menaikkan si malang itu ke atas keldai tunggangannya dan membawanya ke rumah tumpangan untuk terus merawatinya di situ. 35Pada keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang dinar kepada tuan rumah tumpangan untuk perbelanjaan si malang itu sambil berkata, 'Jagalah dia dan sekiranya wang ini tidak cukup untuknya, aku akan membayarnya apabila aku datang kembali.' "

36Yesus berkata, "Antara tiga orang itu, siapakah pada pandangan kamu menjadi sesama manusia kepada orang yang dirompak oleh penyamun?"

37Ahli Taurat itu menjawab, "Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya." Yesus berkata, "Pergi dan berbuatlah sedemikian."