Alkitab Versi Borneo |
Paulus warga negeri Roma 22Orang ramai mendengar ucapan Paulus setakat itu, kemudian berseru lantang, "Hapuskan orang begini dari muka bumi, tidak patut dia dibiarkan hidup!" 23Mereka berteriak-teriak sambil mengebas-ngebas pakaian sehingga debu berterbangan. 24Ketua pasukan tentera itu menyuruh orangnya membawa Paulus ke dalam kubu. Dia mengarahkan mereka menyebat dan menyoalnya untuk mengetahui mengapa orang ramai berseru-seru demikian tentangnya. 25Paulus diikat dengan tali kulit lalu dia berkata kepada ketua tentera yang berdiri di situ, "Jika seorang warga negeri Roma belum diadili dan didapati bersalah, berkuasakah kamu menyebatnya?" 26Apabila ketua tentera itu mendengar kata-kata Paulus, dia pergi memberitahu ketuanya tentang perkara itu. Katanya, "Apa hendak kamu buat? Orang ini warga negeri Roma." 27Ketua pasukan tentera itu mendapatkan Paulus lalu berkata, "Katakanlah kepadaku, adakah engkau ini warga negeri Roma?" Paulus menjawab, "Ya." 28Ketua pasukan tentera itu berkata, "Aku dapat menjadi warga negeri dengan bayaran yang tinggi." Paulus menjawab, "Tetapi aku dilahirkan sebagai warga negeri Roma." 29Semua orang yang hendak menyoalnya itu berundur, dan ketua pasukan tentera itu ketakutan kerana telah mengikat warga Romawi.