Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 18

A A A
Alkitab Versi Borneo
5Setelah Silas dan Timotius sampai di situ dari Makedonia, Paulus menumpukan masa kepada usaha menyampaikan firman Allah serta memberikan kesaksian kepada orang Yahudi bahawa Yesus itulah Kristus. 6Akan tetapi, mereka menentang dan mencelanya; maka Paulus mengebaskan debu daripada pakaiannya lalu berkata, "Darahmu tertumpah ke atas kepalamu sendiri, aku tidak bertanggungjawab; aku bersih. Dari sekarang aku hendak pergi kepada orang bangsa asing." 7Paulus pun berpindah ke rumah Titus Yustus, seorang yang menyembah Allah; rumahnya bersebelahan dengan saumaah. 8Krispus, ketua saumaah itu, serta seisi rumahnya, percaya kepada Tuhan Yesus; ramai lagi orang Korintus turut mendengar dan percaya lalu dibaptiskan.