Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ayub 35

A A A
Alkitab Versi Borneo

Allah perhatikan penderitaan manusia

1Lalu Elihu berkata, 2"Inikah yang kauanggap adil

sehingga engkau berkata, 'Aku lebih benari daripada Allah'

3Engkau bertanya, 'Apakah gunanya bagiku?

Apakah faedahnya bagiku kalau aku tidak berdosa?'

4Aku akan memberikan jawapan kepadamu

dan kepada sahabat-sahabatmu yang ada bersamamu.

5Pandanglah langit dan lihatlah,

perhatikanlah awan-awan yang lebih tinggi daripada engkau.

6AJika engkau berdosa, apakah yang kaulakukan terhadap Dia?

Jika pelanggaranmu banyak, apakah yang kaubuat terhadap Dia?

7Jika engkau benar, apakah yang kauberikan kepada-Nya?

Atau, apakah yang Dia terima daripada tanganmu?

8Kefasiqanmu hanya mempengaruhi orang lain yang seperti engkau,

Perbenaranmuii hanya mempengaruhi anak-anak manusia.

9Orang menjerit kerana banyaknya penindasan,

mereka berteriak minta tolong daripada tekanan kekuatan para penguasa.

10Tetapi tidak ada yang bertanya, 'Di manakah Allah, Penciptaku,

yang memberikan nyanyian sukacita pada malam hari,

11yang mengajar kami lebih daripada binatang-binatang di bumi

dan menjadikan kami lebih bijak daripada burung-burung di udara?'

12Di sana mereka berseru-seru, tetapi Dia tidak menjawab

kerana kecongkakan kalangan jahat.

13Sungguh, teriakan kosong tidak didengar Allah,

Yang Maha Kuasa tidak menghiraukannya.

14Apa lagi ketika engkau berkata bahawa engkau tidak melihat-Nya,

bahawa perkaramu sudah ada di hadapan-Nya, tetapi engkau masih menanti-nantikan Dia.

15Tetapi sekarang, kerana murka-Nya belum menghukum

dan Dia tidak terlalu mempedulikan pelanggaran,

16maka Ayub membuka mulutnya dengan sia-sia,

dia menimbunkan perkataan tanpa pengetahuan."