Alkitab Versi Borneo |
Hukuman ke atas bangsa-bangsa 1ASiapakah ini yang datang dari Edom, yang datang dari Bozra dengan baju merah? Siapakah ini yang semarak pakaiannya, yang melangkah dengan kekuatannya yang hebat? "Akulah itu, yang berfirman dalam perbenaran,i yang perkasa untuk menyelamatkan!" 2Mengapakah merah pakaian-Mu dan baju-Mu seperti baju orang yang mengirik di tempat pemerasan anggur? 3C"Aku mengirik tempat pemerasan anggur seorang diri, daripada kalangan bangsa tiada seorang pun menyertai-Ku. Aku mengirik mereka dalam kemarahan-Ku dan menginjak-injak mereka dalam murka-Ku. Darah mereka terpercik pada baju-Ku dan seluruh pakaian-Ku tercemar. 4Hari pembalasan telah Kurancang dan tahun penebusan-Ku telah tiba. 5DAku melayangkan pandang tetapi tidak ada yang menolong, Aku hairan kerana tidak ada yang membantu. Oleh sebab itu kuasa-Ku sendiri membawa kemenangan bagi-Ku dan murka-Ku membantu Aku. 6Dalam kemarahan-Ku Aku menginjak-injak bangsa-bangsa, memabukkan mereka dengan murka-Ku, dan menumpahkan darah mereka ke bumi." Doa pengakuan dan permohonan Israel
7Aku hendak memasyhurkan kasih abadi TUHAN,
puji-pujian kepada TUHAN
atas semua yang dilakukan TUHAN terhadap kita,
dan kebajikan besar bagi keturunan kaum Israel
yang dilakukan-Nya terhadap mereka menurut kasih sayang-Nya
serta menurut kasih abadi-Nya yang berlimpah. 8Demikianlah firman-Nya, "Sungguh, mereka ialah umat-Ku, anak-anak yang tidak akan berbohong," maka Dia menjadi Penyelamat mereka. 9Dalam segala kesesakan mereka, Dia pun turut berasa sesak, dan malaikat dari hadirat-Nya menyelamatkan mereka. Dengan kasih-Nya dan belas kasihan-Nya Dia menebus mereka, mengangkat mereka, dan menggendong mereka sepanjang zaman dahulu. 10Tetapi mereka menderhaka dan mendukakan Roh Suci-Nya.
Oleh sebab itu Dia berpaling menjadi musuh mereka,
Dia sendiri memerangi mereka. 11Lalu mereka teringat pada zaman dahulu, zaman Musa dan umat-Nya.
Di manakah Dia yang membawa mereka naik dari laut
bersertakan para gembala kawanan kambing domba-Nya?
Di manakah Dia yang menaruh Roh Suci-Nya di tengah-tengah mereka, 12Eyang menuntun mereka di sebelah kanan Musa dengan tangan-Nya yang mulia, yang membelah air laut di hadapan mereka supaya nama-Nya termasyhur untuk selama-lamanya, 13dan yang menuntun mereka menyeberangi samudera? Seperti kuda di gurun mereka tidak terantuk. 14Seperti ternak yang turun ke lembah,
mereka diberi ketenteraman oleh roh TUHAN.
Demikianlah Engkau menuntun umat-Mu supaya nama-Mu dimuliakan. 15Pandanglah dari syurga dan lihatlah dari kediaman-Mu yang suci dan mulia. Di manakah semangat-Mu dan keperkasaan-Mu? Gelora hiba-Mu dan kasih sayang-Mu tertahan bagiku! 16Tetapi Engkaulah Bapa bagi kami,
sekalipun Abraham tidak tahu tentang kami dan Israel tidak mengenal kami.
Ya TUHAN, Engkaulah Bapa bagi kami,
nama-Mu ialah "Penebus kami sejak dahulukala." 17Ya TUHAN, mengapakah Engkau membiarkan kami tersesat dari jalan-jalan-Mu
dan mengeraskan hati kami sehingga kami tidak takut kepada-Mu?
Kembalilah demi hamba-hamba-Mu,
suku-suku harta pusaka-Mu. 18Buat tempoh sekejap sahaja umat-Mu memiliki tanah suci-Mu, sekarang lawan-lawan kami telah menginjak-injak tempat suci-Mu. 19Kami seperti orang yang tidak pernah berada di bawah pemerintahan-Mu sejak dahulu, seperti orang yang tidak disebut dengan nama-Mu.