Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 61

A A A
Alkitab Versi Borneo

Hamba TUHAN yang diutus

1ABRoh Tuhan ALLAH ada padaku,

kerana TUHAN telah mengurapii aku

untuk membawa khabar baik kepada orang yang tertindas.

Dia mengutus aku untuk membalut hati yang hancur,

untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan

dan kelepasan bagi para tahanan;

2Cuntuk mengisytiharkan tahun keredaan TUHAN

dan hari pembalasan Allah kita;

untuk menghiburkan semua yang berkabung;

3untuk memberi orang yang berkabung di Sion,

ya, untuk mengurniai mereka perhiasan kepala sebagai ganti abu,

minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan,

dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar.

Mereka akan disebut "Pokok oak perbenaran,"ii

yang ditanam TUHAN supaya Dia dipermuliakan.

Umat Allah yang diberkati

4Mereka akan membina semula tempat-tempat yang sudah lama rosak

dan menegakkan kembali tempat-tempat yang dahulunya sunyi.

Mereka akan memperelok semula kota-kota yang rosak,

yang telah menjadi sunyi turun-temurun.

5Orang asing akan melayani kamu sebagai gembala kawanan kambing dombamu,

orang luar akan menjadi pembajak tanahmu dan pengurus kebun anggurmu.

6Tetapi kamu akan disebut para imam TUHAN,

dan akan dinamai para hamba Allah kita.

Kamu akan menikmati kekayaan bangsa-bangsa

dan akan memegahkan diri dalam kelimpahan mereka.

7Sebagai ganti rasa malumu, kamu akan menerima dua kali ganda,

dan sebagai ganti aib, orang akan bersorak-sorai atas bahagian yang diperoleh mereka.

Demikianlah mereka akan menerima warisan dua kali ganda di negeri mereka,

dan kesukaan yang kekal akan menjadi milik mereka,

8kerana Aku, TUHAN, mencintai keadilan,

dan membenci perampasan serta kezaliman.

Aku akan memberi mereka upah dengan benar

dan mengikat perjanjian yang kekal dengan mereka.

9Keturunan mereka akan terkenal di antara bangsa

dan anak cucu mereka dalam kalangan suku bangsa.

Semua orang yang melihat mereka akan mengakui

bahawa mereka memang keturunan yang diberkati TUHAN.

10DAku sangat bergirang di dalam TUHAN,

jiwaku bergembira di dalam Allahku,

kerana Dia mengenakan pakaian penyelamatan kepadaku

dan menyelubungi aku dengan jubah perbenaran,iii

seperti pengantin lelaki memakai perhiasan kepala

dan pengantin perempuan berhias diri dengan barang kemasnya.

11Sesungguhnya, seperti bumi mengeluarkan tunasnya

dan seperti kebun menumbuhkan apa yang ditabur di dalamnya,

demikianlah Tuhan ALLAH akan menumbuhkan perbenaran

dan puji-pujian di hadapan segala bangsa.