Alkitab Versi Borneo |
1ASiapakah yang mempercayai khabar kami,
dan kepada siapakah kuasa TUHAN dinyatakan? 2Seperti tunas muda dia tumbuh di hadapan-Nya, seperti akar dari gurun. Tidak ada keelokan dan tidak ada semarak padanya sehingga kita memandang dia, tidak ada tampang sehingga kita menginginkan dia. 3Dia dihina dan ditolak manusia, seorang yang penuh derita dan terbiasa dengan kesakitan. Dia dihina sehingga orang menutup muka terhadap dia, dan kita pun menganggapnya tidak penting. 4BSesungguhnya, dialah yang menanggung penyakit kita dan memikul derita kita, padahal kita menganggap dia kena tulah, dihukum Allah dan ditindas. 5CTetapi dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita, dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita. Pengajaran yang mendatangkan kesejahteraan bagi kita ditimpakan kepadanya dan oleh bilur-bilurnya kita sembuh. 6DKita semua tersesat seperti domba,
setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri,
tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua. 7EFDia dianiaya dan ditindas, tetapi dia tidak membuka mulutnya. Seperti anak domba yang dibawa untuk disembelih, seperti domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya, maka dia tidak membuka mulutnya. 8Daripada tahanan dan daripada pengadilan dia diambil. Siapa akan mengisahkan keturunannya? Dia dilenyapkan daripada negeri orang hidup, dan kerana pelanggaran umat-Ku dia kena tulah. 9GKuburnya ditentukan antara orang fasiq, dan dalam kematiannya dia bersama kalangan kaya, sungguhpun dia tidak pernah melakukan kekerasan dan tidak ada tipu daya di dalam mulutnya. 10Namun begitu, TUHAN berkehendak menghancurkan dan menyakiti dia.
Jika dia menjadikan jiwanya korban penebus kesalahan,
maka dia akan melihat keturunannya dan umurnya lanjut.
Kehendak TUHAN akan berhasil dalam tangannya. 11Sesudah kesusahan jiwanya dia akan melihat cahaya kehidupan dan berasa puas. Hamba-Ku yang benar itu akan membenarkan ramai orang dengan pengetahuannya. Dia akan memikul dosa-dosa mereka. 12HOleh sebab itu Aku akan menentukan bahagiannya bersama-sama orang besar, dan dia akan berbahagi jarahan bersama-sama orang kuat, kerana dia telah mencurahkan nyawanya sampai mati dan diperhitungkan bersama-sama orang derhaka, padahal dia menanggung dosa orang ramai dan berdoa bagi para penderhaka.