Alkitab Versi Borneo |
Kores, raja Parsi, alat Allah
1Beginilah firman TUHAN kepada orang yang dilantik-Nya,
kepada Kores, yang Kupegang tangan kanannya
untuk menakluki bangsa-bangsa di hadapannya,
untuk melucuti kekuatan raja-raja,
untuk membuka pintu-pintu di hadapannya sehingga pintu-pintu gerbang tidak lagi tertutup. 2"Aku akan memimpinmu dan meluruskan tempat yang bengkang-bengkok. Aku akan memecahkan pintu-pintu gangsa dan mematahkan palang-palang pintu besi. 3Aku akan mengurniakan kepadamu harta karun yang tersimpan dalam gelap
dan kekayaan yang ada di tempat-tempat tersembunyi,
supaya engkau tahu bahawa Aku, TUHAN,
yang memanggil engkau dengan namamu ialah Allah Israel. 4Demi hamba-Ku Yakub dan demi Israel, pilihan-Ku, Aku memanggil engkau dengan namamu. Aku memberi kamu gelaran, sungguhpun engkau tidak mengenal Aku. 5Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain.
Tidak ada Allah selain Aku.
Aku memperlengkapkan engkau,
sungguhpun engkau tidak mengenal Aku, 6supaya orang tahu, dari terbitnya matahari sampai terbenamnya di barat,
bahawa tidak ada yang lain selain Aku.
Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain. 7Akulah yang mewujudkan cahaya dan menciptakan gelap,
Akulah yang mendatangkan kesejahteraan dan menciptakan malapetaka.
Aku, TUHAN, membuat segala hal ini. 8Wahai langit, titiskanlah perbenaran dari atas
dan biarlah awan mencurahkannya.
Biarlah bumi membukakan diri
dan membuahkan penyelamatan.
Biarlah perbenaran turut tumbuh bersama.
Aku, TUHAN, telah menciptakan hal itu." Allah ialah Pencipta 9A"Malangnya orang yang berbantah dengan Penciptanya! Dia hanyalah sekeping tembikar antara tembikar di tanah. Masakan tanah liat berkata kepada pembentuknya, 'Apakah yang kaubuat?' Masakan hasil karyamu berkata, 'Dia tidak punya tangan'? 10Malangnya orang yang berkata kepada ayahnya, 'Apakah yang kauperanakkan?' Atau kepada ibunya, 'Apakah yang kaulahirkan?' 11Beginilah firman TUHAN,
Yang Maha Suci, Pembentuk orang Israel,
'Adakah kamu hendak bertanya kepada-Ku tentang hal-hal yang akan terjadi dengan anak-anak-Ku,
atau memberikan perintah kepada-Ku sehubungan dengan pekerjaan tangan-Ku? 12Akulah yang menjadikan bumi dan menciptakan manusia di atasnya. Tangan-Ku sendirilah yang membentangkan langit, dan Aku memberikan perintah kepada seluruh cakerawala angkasanya. 13Akulah yang membangkitkan Kores dalam perbenarani
dan Aku akan meluruskan segala jalannya.
Dia akan membangunkan kota-Ku kembali
dan melepaskan umat-Ku yang dibuang,
tanpa bayaran dan tanpa rasuah,"
demikianlah firman TUHAN alam semesta.
14Beginilah firman Tuhan, "Hasil jerih lelah Mesir dan keuntungan niaga Kush serta orang Seba yang berperawakan tinggi akan beralih kepadamu dan menjadi milikmu. Mereka akan berjalan di belakangmu dan datang kepadamu dengan dirantai. Mereka akan sujud memberi hormat kepadamu dan memohon kepadamu dengan berkata, 'Sesungguhnya, Allah menyertaimu, tidak ada yang lain. Tidak ada tuhan yang lain!' 15Sesungguhnya, Engkau ialah Allah yang menyembunyikan diri,
Wahai Allah Israel, Penyelamat. 16Mereka semua akan malu, bahkan mendapat aib. Tukang-tukang berhala akan berjalan bersama-sama dalam keaiban. 17Tetapi Israel akan diselamatkan TUHAN
dengan penyelamatan yang kekal.
Kamu tidak akan malu dan tidak akan mendapat aib sampai selama-lamanya." 18Beginilah firman TUHAN,
yang menciptakan langit –
Dialah Allah yang membentuk bumi dan menjadikannya.
Dialah yang mengukuhkannya.
Dia menciptakannya bukan supaya kosong,
melainkan membentuknya supaya dihuni –
"Akulah TUHAN
dan tidak ada yang lain! 19Tidak pernah Aku berfirman dengan sembunyi-sembunyi
di suatu tempat di alam gelap.
Tidak pernah Aku berfirman kepada keturunan Yakub,
'Carilah hadirat-Ku dengan sia-sia.'
Aku, TUHAN, selalu mengatakan kebenaran,
selalu memberitahukan apa yang betul." Seruan kepada bangsa-bangsa agar kembali kepada Allah 20"Berkumpullah dan datanglah! Ke marilah bersama-sama, wahai kamu yang terselamat di antara bangsa! Tidak berpengetahuan orang yang mengarak patung ukiran daripada kayu, yang berdoa kepada tuhan yang tidak dapat menyelamatkan. 21Beritahulah dan kemukakanlah alasanmu!
Ya, biarlah mereka berunding bersama-sama.
Siapakah yang mengkhabarkan hal ini sejak zaman dahulu,
yang memberitahukannya sejak dahulu?
Bukankah Aku, TUHAN?
Tidak ada tuhan lain selain Aku,
Allah yang benar dan Penyelamat.
Tidak ada yang lain selain Aku. 22Berpalinglah kepada-Ku dan biarlah kamu diselamatkan, wahai segala hujung bumi, kerana Akulah Allah dan tidak ada yang lain. 23BAku sudah bersumpah demi diri-Ku, firman yang benar telah Kusampaikan sendiri dan tidak akan ditarik kembali: sesungguhnya, setiap lutut akan bertelut kepada-Ku dan setiap lidah akan bersumpah setia. 24Tentang Aku orang akan berkata, 'Hanya dalam TUHAN
ada perbenaranii dan kekuatan.'
Semua orang yang marah kepada-Nya
akan datang menghampiri Dia dan mendapat malu. 25Dalam TUHAN semua keturunan Israel
akan dinyatakan benar dan akan bermegah."