Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 4

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Pada waktu itu, tujuh orang perempuan akan memegang seorang lelaki sambil berkata, "Kami akan menanggung makanan kami sendiri dan menyediakan pakaian kami sendiri,

hanya izinkanlah kami menggunakan namamu.

Hapuskanlah aib kami."

Yerusalem disucikan dan dilindungi

2Pada waktu itu, Tunas yang ditumbuhkan TUHAN akan menjadi indah dan mulia, serta hasil tanah akan menjadi kebanggaan serta kehormatan bagi orang Israel yang terselamat. 3Orang yang tersisa di Sion dan yang tertinggal di Yerusalem akan disebut suci, iaitu semua orang yang tercatat antara mereka yang hidup di Yerusalem. 4Hal itu terjadi apabila Tuhan membasuh kekotoran puteri-puteri Sion dan membersihkan segala noda darah dari tengah-tengah Yerusalem dengan roh penghukum dan roh pembakar. 5ADi atas seluruh tempat di Gunung Sion dan di atas orangnya yang berjemaah, TUHAN akan menciptakan awan serta asap pada siang hari dan cahaya api yang menyala pada malam hari. Sungguh, di atas semua itu kemuliaan akan menjadi suatu tudung 6dan suatu pondok sebagai tempat bernaung daripada panas terik siang, sebagai tempat berlindung, dan sebagai tempat berteduh daripada angin ribut serta hujan.