Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 20

A A A
Alkitab Versi Borneo

Pernyataan ilahi tentang Mesir dan Kush

1Pada tahun apabila panglima yang diutus oleh Sargon, raja Asyur, tiba di Asdod lalu memerangi Asdod dan merebutnya, 2saat itulah TUHAN berfirman dengan perantaraan Yesaya anak Amos demikian, "Pergilah, bukalah kain kabung daripada pinggangmu dan tanggalkan kasut daripada kakimu." Maka dia pun berbuat demikian, lalu berjalan dengan telanjang dan tidak berkasut. 3Kemudian berfirmanlah TUHAN, "Sama seperti hamba-Ku Yesaya berjalan dengan telanjang dan tidak berkasut tiga tahun lamanya sebagai tanda dan lambang bagi Mesir dan bagi Kush, 4demikianlah raja Asyur akan mengepalai orang Mesir sebagai tawanan dan orang Kush sebagai orang buangan, baik muda mahupun tua, dengan telanjang, tidak berkasut, dan dengan buntutnya kelihatan – suatu aib bagi Mesir. 5Mereka yang amat mempercayai Kush dan bermegah kerana Mesir akan menjadi kecut hati dan malu. 6Pada waktu itu penduduk pesisir ini akan berkata, 'Lihat, begitulah jadinya pihak yang amat kita percayai, tempat kita berlari meminta tolong supaya diselamatkan daripada raja Asyur! Bagaimanakah mungkin kita terselamat?' "