Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kerajaan damai

1Firman yang dinyatakan kepada Yesaya anak Amos tentang Yehuda dan Yerusalem. 2Pada hari-hari terakhir, gunung tempat Bait TUHAN

akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung

dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit.

Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana.

3Banyak suku akan datang dan berkata,

"Mari kita naik ke gunung TUHAN,

ke Rumah Allah Yakub.

Dia akan mengajar jalan-jalan-Nya kepada kita,

sehingga kita dapat melangkah di jalan-jalan-Nya."

Sememangnya, hukum akan keluar dari Sion,

dan firman TUHAN dari Yerusalem.

4ADia akan menjadi hakim antara bangsa-bangsa

dan akan memutuskan perkara bagi banyak suku bangsa.

Mereka akan menempa pedang mereka menjadi mata bajak,

dan tombak mereka menjadi pisau pemangkas.

Bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang terhadap bangsa,

dan mereka tidak akan lagi belajar berperang.

5Wahai keturunan kaum Yakub,

mari kita berjalan dalam cahaya TUHAN.

Hukuman Allah terhadap mereka yang meninggikan diri

6Sungguh, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan kaum Yakub,

kerana mereka dipenuhi tahyul dari Timur.

Mereka menjadi peramal seperti orang Filistin, dan berjabat tangan dengan orang kafir.

7Negeri mereka penuh perak dan emas,

dan harta mereka tidak habis-habis.

Negeri mereka penuh dengan kuda,

rata mereka tidak habis-habis.

8Negeri mereka penuh berhala.

Mereka sujud menyembah hasil buatan tangan sendiri,

barang yang dibuat oleh jari-jari sendiri.

9Maka manusia hina ditundukkan dan orang mulia direndahkan –

Jangan mengampuni mereka!

10BMasuklah ke celah-celah batu pejal

dan bersembunyilah di bawah tanah

daripada kedahsyatan TUHAN

dan semarak keagungan-Nya!

11Manusia yang sombong akan direndahkan

dan orang yang angkuh akan ditundukkan.

Hanya TUHAN sahaja yang akan ditinggikan pada hari itu.

12Sungguh, TUHAN alam semesta,

menetapkan satu hari pembalasan

bagi semua orang yang sombong dan bongkak,

bagi semua orang yang meninggikan diri, supaya mereka direndahkan;

13bagi semua pokok araz di Lebanon yang tinggi dan menjulang;

bagi semua pokok oak di Basan;

14bagi semua gunung yang tinggi;

bagi semua bukit yang menjulang;

15bagi semua menara yang tinggi;

bagi semua tembok yang berkubu;

16bagi semua kapal Tarsis;

dan bagi semua kapal yang indah.

17Manusia yang sombong akan ditundukkan,

dan orang yang bongkak akan direndahkan.

Hanya TUHAN sahaja yang akan ditinggikan pada hari itu,

18sedangkan berhala-berhala akan hilang sama sekali.

19Orang akan masuk ke dalam gua-gua di batu pejal

dan ke dalam lubang-lubang di bawah tanah,

menghindari kemurkaan TUHAN

dan semarak keagungan-Nya

apabila Dia bangkit menggemparkan bumi.

20Pada hari itu manusia akan melemparkan berhala perak dan berhala emas yang dibuat mereka untuk disembah,

kepada tikus mondok dan kelawar.

21Orang akan masuk ke dalam rongga-rongga di batu pejal dan ke dalam celah-celah di bukit batu,

menghindari kedahsyatan TUHAN

dan semarak keagungan-Nya

apabila Dia bangkit menggemparkan bumi.

22Berhentilah meletakkan kehebatan kepada manusia,

sebab manusia sekadar hembusan nafas.

Apa sesungguhnya nilainya?