Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Hosea 10

A A A
Alkitab Versi Borneo

Hukuman kerana penyembahan berhala

1Israel bagaikan pokok anggur yang subur, yang menghasilkan buah.

Semakin banyak buahnya, semakin banyak pula dibuatnya mazbah berhala.

Semakin maju negerinya, semakin indah pula dibuatnya tiang-tiang berhala.

2Hati mereka licik, dan sekarang mereka harus menanggung kesalahan mereka.

Tuhan akan menghancurkan mazbah-mazbah berhala mereka,

dan memusnahkan tiang-tiang berhala mereka.

3Kemudian mereka akan berkata, "Kita tidak punya raja lagi,

kerana kita tidak takut kepada Tuhan.

Kalaupun kita punya raja, apa yang dapat dilakukannya bagi kita?"

4Mereka membuat janji-janji, bersumpah dusta, mengikat perjanjian,

sehingga hukuman tumbuh seperti pokok beracun di alur-alur ladang.

5Penduduk Samaria ketakutan kerana patung anak lembu di Bet-Awen.

Umatnya akan berkabung kerananya,

begitu pula para imam penyembah berhala yang tadinya bergembira kerananya,

sebab kemuliaannya telah hilang.

6Patung itu akan dibawa ke Asyur sebagai persembahan bagi raja agung itu.

Efraim akan mendapat malu,

Israel akan malu kerana rancangannya sendiri.

7Tentang Samaria, rajanya akan dibinasakan seperti ranting di permukaan air.

8ABukit-bukit pemujaan Awen, iaitu dosa Israel, akan dimusnahkan.

Duri dan onak akan tumbuh di atas mazbah-mazbah berhala mereka.

Lalu mereka akan berkata kepada gunung-gunung, "Timbuslah kami!"

dan kepada bukit-bukit, "Timpalah kami!"

Allah tidak berkenan kepada bani Efraim

9B"Sejak hari-hari Gibea engkau telah berdosa, wahai Israel.

Di sana mereka tetap berdiri.

Namun demikian, bukankah peperangan melawan orang zalim akan menimpa mereka di Gibea?

10Apabila Aku mahu, Aku akan memarahi mereka dengan keras.

Bangsa-bangsa akan dikumpulkan untuk melawan mereka

apabila mereka diikat kerana dua kesalahan mereka.

11Efraim anak lembu terlatih yang suka mengirik.

Tetapi Aku telah membebani tengkuknya yang elok.

Aku akan membuat Efraim ditunggangi.

Yehuda harus membajak, bani Yakub harus menyisir tanah bagi dirinya sendiri.

12CSemailah bagimu perbenaran,i tuailah kasih abadi;

bajaklah tanahmu yang kosong, kerana sudah waktunya mencari hadirat Tuhan,

hingga Dia datang dan menghujani kamu dengan perbenaran.ii

13Kamu telah membajak kefasiqan, kamu telah menuai kejahatan,

kamu telah memakan buah dusta.

Kerana kamu terlalu yakin akan jalanmu sendiri

dan kesateriamu yang amat ramai itu,

14maka keributan akan timbul dalam kalangan bangsamu.

Segala kubumu akan dimusnahkan,

seperti Bet-Arbel dimusnahkan oleh Salman pada hari peperangan.

Ibu berserta anak-anak dihempaskan.

15Demikianlah yang akan dilakukan terhadapmu, wahai Betel,

kerana kejahatanmu yang sangat besar.

Pada waktu fajar raja Israel akan dibinasakan sama sekali.