Alkitab Versi Borneo |
Imam Melkisedek 1AMelkisedek ini raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Dia telah bertemu dengan Abraham yang dalam perjalanan pulang setelah menewaskan raja-raja, lalu dia memberkati Abraham. 2Kepadanya juga Abraham menyerahkan sepersepuluh daripada segala yang dibawanya. Melkisedek mula-mula diterjemahkan sebagai "raja perbenaran";i kemudian dia dipanggil juga sebagai "raja Salem", bermakna "raja kesejahteraan." 3Dia tidak mempunyai ibu bapa, tidak bersalasilah, tiada tarikh permulaan atau penghabisan hayatnya, tetapi seperti Anak Allah, dia terus-menerus menjadi imam. 4Sekarang fikirkanlah betapa besarnya orang itu, hinggakan moyang kita Abraham menyerahkan kepadanya sepersepuluh daripada rampasan perangnya. 5BKeturunan Lewi yang menerima jawatan imam dikehendaki memungut sepersepuluh hasil daripada kaum itu menurut hukum Taurat, iaitu daripada saudara-saudara mereka, walaupun daripada benih Abraham. 6Tetapi seorang yang bukan daripada keturunan mereka telah menerima bayaran sepersepuluh hasil daripada Abraham dan telah memberkati Abraham, penerima janji-janji Allah. 7Tidak boleh dinafikan bahawa orang yang lebih rendah kedudukannya diberkati oleh orang yang lebih tinggi. 8Di sini manusia biasa yang akan mati menerima bayaran sepersepuluh hasil, tetapi di sana dia menerimanya, yang telah disaksikan hidup berterusan. 9Lewi yang menerima bayaran sepersepuluh hasil pun boleh dikatakan membayarnya melalui Abraham, 10kerana dia masih dalam sulbiii moyangnya apabila Melkisedek berjumpa dengannya. Yesus Kristus sama seperti Melkisedek 11Oleh itu, kalaulah kesempurnaan didapati daripada keimaman Lewi (kerana di bawahnya orang menerima hukum Taurat), mengapakah perlu bangkitnya seorang imam lagi menurut peraturan Melkisedek, yang tidak dipanggil menurut peraturan Harun? 12Dengan berubahnya keimaman, semestinya berubahlah hukum Taurat. 13Dia yang disebut berkaitan segala ini datang daripada suku lain, yang belum pernah menghasilkan imam untuk bertugas di mazbah. 14Jelas bahawa Tuhan kita keturunan Yehuda, tetapi tentang suku ini Musa tidak pernah mengatakan sesuatu berkaitan imam-imam. 15Jauh lebih jelas lagi jika, seperti Melkisedek, bangkit seorang imam lagi, 16yang datang bukan menurut perintah berkenaan hal jasmani, tetapi menurut kuasa hidup yang tidak berkesudahan. 17CTentang Dia, telah disaksikan: "Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek." 18Perintah dahulu telah terbatal disebabkan lemah dan tidak berguna, 19kerana hukum Taurat tidak menyempurnakan apa-apa pun. Di samping itu, telah dibawa masuk harapan yang lebih baik, yang membawa kita lebih dekat kepada Allah. 20Dan semua ini tidaklah dilakukan tanpa sumpah. DImam-imam lain telah diangkat tanpa sumpah. 21EAkan tetapi, Yesus Kristus telah menjadi imam dengan sumpah daripada Allah yang berfirman kepada-Nya: "Tuhan telah bersumpah dan tidak akan mengubah ketetapan: 'Engkau menjadi imam selama-lamanya.' " 22Dengan demikian Yesus menjadi jaminan yang lebih kukuh bagi perjanjian yang lebih baik. 23Ramai yang telah menjadi imam itu, kerana kematian menghalang mereka daripada berterusan dalam jawatan. 24Tetapi Yesus, kerana Dia berterusan selama-lamanya, mempunyai keimaman yang tidak mungkin berubah. 25Oleh itu, Dia dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka. 26Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga; 27FImam besar yang dahulu perlu mempersembahkan korban setiap hari, mula-mula untuk menghapuskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa orang lain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telah melakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Dia mempersembahkan diri-Nya. 28Hukum Taurat melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi imam besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Anak yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya.