Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ibrani 5

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Setiap imam besar daripada kalangan manusia dilantik untuk mewakili manusia dalam hal-hal yang berkaitan dengan Allah, supaya dia dapat memberikan persembahan dan korban untuk menghapuskan dosa. 2Dia dapat merasakan belas kasih kepada mereka yang jahil dan sesat, kerana dia sendiri menghadapi kelemahan diri. 3AOleh itu, dia dikehendaki membuat persembahan bukan sahaja untuk menghapuskan dosa orang lain tetapi juga dosanya sendiri. 4BTiada sesiapa pun mengambil kehormatan ini untuk dirinya, kecuali yang dipanggil oleh Allah, seperti Harun.

5CDemikian jugalah Kristus, Dia tidak memuliakan diri-Nya untuk menjadi Imam Besar, tetapi Allah telah berfirman kepada-Nya: "Engkau Anak-Ku,

pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu."

6DAllah berfirman juga di suatu tempat lagi: "Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya

menurut peraturan Melkisedek."

7EKetika Yesus hidup sebagai manusia, Dia telah berdoa dan merayu dengan ratap tangis kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan-Nya daripada kematian, dan Allah telah mendengar-Nya kerana kesalihan-Nya. 8Sungguhpun Dia Anak, namun Dia belajar taat melalui segala penderitaan-Nya. 9Setelah Dia dijadikan sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua yang mematuhi-Nya. 10Dia dipanggil Allah menjadi Imam Besar menurut peraturan Melkisedek.

Amaran supaya jangan menjadi murtad

11Tentang ini kami ada banyak untuk dikatakan, namun sukar hendak diterangkan, kerana pendengaranmu sudah tumpul. 12FSepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal. 13Orang yang hanya boleh minum susu itu tidak mahir dalam ajaran tentang perbenaran,i kerana dia masih bayi. 14Makanan pepejal adalah untuk orang yang sudah dewasa, iaitu mereka yang telah membiasakan akal mereka membezakan baik dengan buruk.