Alkitab Versi Borneo |
Allah berfirman melalui Anak-Nya 1Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. 2Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta. 3Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga. 4Diri-Nya jauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melalui warisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlang daripada mereka. 5BKepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: "Engkau Anak-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu"? Dan juga: "Aku akan menjadi Bapa-Nya, dan Dia akan menjadi Anak-Ku"? 6CSelanjutnya, apabila Allah menghantar Anak sulung-Nya ke dalam dunia maka firman-Nya: "Hendaklah semua malaikat Allah menyembah-Nya." 7DDan tentang para malaikat, Dia berfirman: "Dia menjadikan para malaikat-Nya angin, dan para pelayan-Nya nyala api." 8ETetapi tentang Anak itu Dia berfirman: "Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya; Tongkat kebenaran ialah tongkat kerajaan-Mu. 9Engkau telah mencintai apa yang benar dan membenci apa yang jahat; Oleh itu Allah, Allah-Mu, telah mengurapi-Mu dengan minyak kebahagiaan lebih daripada teman-teman-Mu." 10FDan: "Pada mulanya, Engkau, ya Tuhan, yang meletakkan asas bumi, dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu; 11Bumi dan langit akan binasa tetapi Engkau kekal; dan segalanya akan menjadi usang seperti pakaian; 12Seperti jubah, Engkau akan menggulungnya; seperti baju yang ditukar, semuanya akan diubah. Tetapi Engkau tetap sama, dan zaman-Mu tidak berkesudahan." 13GTetapi kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu"? 14Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?