Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yehezkiel 45

A A A
Alkitab Versi Borneo

Tanah persembahan khusus

1'Apabila kamu membahagi-bahagikan negeri itu menjadi harta pusakamu, wakafkanlah kepada Tuhan sebidang tanah sebagai persembahan khusus yang suci. Panjangnya haruslah 25,000 hasta dan lebarnya 20,000 hasta; seluruh tanah di sempadan itu suci. 2Daripada bidang tanah itu sediakanlah sebahagian tanah berbentuk empat persegi seluas 500 hasta kali 500 hasta untuk tempat suci, dan di sekelilingnya harus ada padang terbuka selebar 50 hasta. 3Daripada tanah yang suci itu pula ukurlah sebidang tanah sepanjang 25,000 hasta dan selebar 10,000 hasta; di kawasan inilah terletak tempat suci tadi, Tempat Yang Maha Suci. 4Kawasan itu ialah bahagian yang suci daripada tanah itu dan ditakdiskan bagi para imam yang datang mendekat untuk menyelenggarakan ibadat bagi Tuhan di tempat suci. Kawasan itu akan menjadi tempat perumahan mereka dan menjadi daerah yang suci untuk tempat suci. 5Baki tanah selebihnya yakni yang sepanjang 25,000 hasta dan selebar 10,000 hasta akan menjadi bahagian orang Lewi yang menyelenggarakan ibadat di Bait Suci. Mereka akan mendapat kota-kota milik sebagai tempat tinggal.

Tanah milik umat Allah dan raja

6Bersempadan dengan tanah persembahan khusus yang suci itu tentukanlah tanah milik kota yang akan menjadi bahagian seluruh keturunan kaum Israel, yang selebar 5,000 hasta dan sepanjang 25,000 hasta.

7Bahagian raja harus terdapat di sebelah barat dan timur tanah persembahan khusus yang suci serta tanah milik kota tadi, membentang ke arah barat dari sempadan barat tanah itu, dan membentang ke arah timur dari sempadan timur tanah itu. Panjangnya harus selaras dengan panjang salah satu bahagian milik suku Israel, dari sempadan barat sampai ke sempadan timur. 8Itulah tanah yang menjadi miliknya di Israel. Raja-raja yang Kuangkat tidak akan menindas umat-Ku lagi, melainkan akan menyerahkan negeri itu kepada keturunan kaum Israel menurut suku-suku mereka.'

Tugas umat Allah dan tanggungjawab raja

9Beginilah firman Tuhan Allah, 'Cukuplah itu, wahai raja-raja Israel! Jauhkanlah kekerasan dan penjarahan. Tegakkanlah keadilan dan kebenaran. Hentikanlah perampasan terhadap milik umat-Ku, demikianlah firman Tuhan Allah. 10AGunalah neraca yang betul, efai yang betul, dan batii yang betul.

11Efa dan bat harus sama ukurannya sehingga satu bat dapat memuat sepersepuluh homer,iii dan satu efa dapat memuat sepersepuluh homer juga. Homer harus menjadi piawaian ukurannya.

12Syikal haruslah dua puluh gera.iv Dua puluh syikal,v tambah dua puluh lima syikal tambah lima belas syikal sama dengan satu mina.vi

13Inilah persembahan khusus yang harus kamu persembahkan: seperenam efa daripada satu homer gandum dan seperenam efa daripada satu homer barli; 14minyak sesuai ketetapannya menurut bat minyak, iaitu sepersepuluh bat daripada setiap korvii (sepuluh bat atau satu homer, kerana sepuluh bat sama dengan satu homer); 15dan seekor domba daripada setiap dua ratus ekor kawanan domba di padang subur Israel. Semua itu adalah untuk persembahan bahan makanan, korban bakaran, dan korban kedamaian untuk mengadakan pendamaian bagi mereka, demikianlah firman Tuhan Allah.

16Seluruh rakyat negeri harus mempersembahkan persembahan khusus itu kepada raja Israel. 17Sesungguhnya, raja wajib menyediakan korban bakaran, persembahan bahan makanan, dan persembahan minuman pada perayaan, bulan baru, hari Sabat, dan setiap hari perayaan keturunan kaum Israel. Dia harus mengolah korban penghapus dosa, persembahan bahan makanan, korban bakaran, dan korban kedamaian untuk mengadakan pendamaian bagi keturunan kaum Israel.'

Persembahan pada Hari Raya

18Beginilah firman Tuhan Allah, 'Pada hari pertama pada bulan pertama, ambillah seekor lembu jantan muda yang tidak bercacat cela dan sucikanlah tempat suci itu. 19Imam harus mengambil sebahagian daripada darah korban penghapus dosa lalu melumurkannya pada tiang-tiang pintu Bait Suci, pada keempat-empat penjuru tingkat teratas mazbah, dan pada tiang-tiang pintu gerbang pelataran dalam. 20Lakukanlah juga demikian pada hari ketujuh dalam bulan itu bagi orang yang berbuat dosa kerana kejahilan dan kesilapan yang tidak sengaja. Dengan begitu engkau mengadakan pendamaian bagi Bait Suci.

21BPada hari keempat belas dalam bulan itu juga adakanlah Perayaan Paskah. Perayaan itu harus berlangsung selama tujuh hari, dan orang harus makan roti yang tidak beragi. 22Pada hari itu raja harus mengolah lembu jantan sebagai korban penghapus dosa bagi dirinya dan bagi seluruh rakyat negeri. 23Tiap-tiap hari selama tujuh hari perayaan itu dia harus mengolah korban bakaran bagi Tuhan berupa tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan yang tidak bercacat cela, serta korban penghapus dosa berupa seekor kambing jantan. 24Dia harus mengolah persembahan bahan makanan berupa satu efa tepung untuk seekor lembu jantan, satu efa tepung untuk seekor domba jantan, dan satu hinviii minyak untuk satu efa tepung.

25CPada hari perayaan pada hari kelima belas bulan ketujuh, dia harus mengolah korban penghapus dosa, korban bakaran, persembahan bahan makanan, dan minyak dengan cara yang sama, lalu dilanjutkan tujuh hari lamanya.'