Alkitab Versi Borneo |
Manna dan burung puyuh dari langit 1Seluruh jemaah Israel berangkat dari Elim, lalu sampailah mereka di Gurun Sin yang terletak di antara Elim dengan Gunung Sinai, tepat pada hari kelima belas dalam bulan kedua sejak mereka keluar dari Tanah Mesir. 2Akan tetapi, seluruh jemaah Israel bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun di gurun itu. 3Kata orang Israel kepada mereka, "Ah, kalaulah dahulu kami mati di tangan TUHAN di Tanah Mesir ketika kami duduk menghadapi kuali berisi daging dan makan roti sampai kenyang! Tetapi kamu pula membawa kami keluar ke gurun ini untuk membunuh seluruh jemaah ini dengan kelaparan."
4AKemudian berfirmanlah TUHAN kepada Musa, "Sesungguhnya, Aku akan menghujani kamu dengan roti dari langit. Tiap-tiap hari bangsa itu harus keluar untuk memungut keperluan satu hari secukupnya. Dengan demikian, Aku dapat menguji sama ada mereka mahu hidup menurut hukum-Ku. 5Pada hari keenam mereka harus memungut dua kali lipat ganda banyaknya daripada yang biasa dipungut mereka setiap hari, lalu memasak apa yang dibawa pulang oleh mereka." 6Musa dan Harun pun berkata kepada seluruh orang Israel, "Petang ini kamu akan tahu bahawa TUHAN sajalah yang sudah membawa kamu keluar dari Tanah Mesir, 7dan esok pagi kamu akan melihat kemuliaan TUHAN, kerana Dia mendengar segala rungutanmu kepada TUHAN. Sebab, siapakah kami ini sehingga kamu bersungut-sungut terhadap kami?" 8Kata Musa lagi, "TUHAN akan memberi kamu makan daging pada petang hari, dan roti pada pagi hari sampai kamu kenyang, kerana TUHAN mendengar segala rungutan yang kamu tujukan kepada-Nya. Siapakah kami ini? Sesungguhnya, kamu bukannya bersungut-sungut kepada kami, tetapi kepada TUHAN."
9Kemudian Musa berkata kepada Harun, "Katakanlah kepada seluruh jemaah Israel, 'Marilah mendekati hadirat TUHAN, kerana Dia telah mendengar rungutanmu." 10Sewaktu Harun sedang berbicara kepada seluruh jemaah Israel, mereka berpaling ke arah gurun. Tiba-tiba terpaparlah kemuliaan TUHAN dalam awan. 11Lalu TUHAN berfirman kepada Musa, 12"Aku telah mendengar segala rungutan orang Israel. Katakanlah kepada mereka demikian, 'Pada waktu senja kamu akan makan daging dan pada waktu pagi kamu akan kenyang dengan roti. Maka dengan itu kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allahmu."
13Pada petang hari itu datanglah burung-burung puyuh menutupi perkhemahan, dan pada pagi hari terdapat embun di sekeliling perkhemahan. 14Setelah embun itu mengewap, kelihatanlah benda-benda tipis berkelopak seperti sisik bagaikan embun beku halus di atas tanah permukaan gurun itu. 15BKetika orang Israel melihatnya, berkatalah mereka sesama diri, "Apakah ini?" kerana mereka tidak tahu apa benda itu.
Kata Musa kepada mereka, "Inilah roti yang dikurniakan TUHAN kepadamu sebagai makanan. 16Beginilah perintah TUHAN, 'Pungutlah makanan itu, masing-masing sebanyak yang dapat kamu makan. Ambillah satu omeri untuk tiap-tiap kepala, selaras dengan jumlah jiwa yang ada di dalam khemah masing-masing."
17Demikianlah yang dilakukan orang Israel. Masing-masing memungutnya, ada yang banyak, ada yang sedikit. 18CKetika mereka mengukurnya dengan omer,ii ternyata orang yang memungut banyak tidak berlebihan, dan orang yang memungut sedikit tidak kekurangan. Masing-masing memungut sebanyak yang dapat dimakannya. 19Kata Musa kepada mereka, "Tiada seorang pun boleh meninggalkan sisa sampai pagi." 20Tetapi ada beberapa orang yang tidak menghiraukan peringatan Musa. Mereka meninggalkan sisa sampai pagi hari, lalu sisa itu berulat dan berbau busuk. Maka marahlah Musa kepada mereka. 21Pagi demi pagi mereka memungutnya, masing-masing sebanyak yang dapat dimakan mereka. Namun begitu setelah ada panas matahari, cairlah makanan itu. 22Pada hari keenam mereka memungut roti itu dua kali ganda banyaknya, dua cupak untuk setiap orang. Kemudian datanglah semua pemimpin jemaah memberitahu Musa. 23DKata Musa kepada mereka, "Inilah yang telah difirmankan TUHAN, 'Esok ialah hari istirahat penuh takzim, Sabat yang suci bagi TUHAN, sebab itu bakarlah apa yang perlu kamu bakar dan rebuslah apa yang perlu kamu rebus. Yang selebihnya hidang dan simpanlah sampai pagi." 24Mereka menyimpannya sampai pagi sebagaimana yang diperintahkan Musa, tetapi roti itu tidak berbau busuk dan tidak berulat di dalamnya. 25Kata Musa, "Makanlah itu pada hari ini, kerana hari ini ialah hari Sabat bagi TUHAN, dan kamu tidak akan mendapatinya di padang. 26Selama enam hari kamu harus memungutnya, tetapi pada hari ketujuh, iaitu hari Sabat, tidak akan ada makanan itu." 27Pada hari ketujuh, beberapa orang daripada bangsa itu keluar untuk memungutnya, tetapi mereka tidak mendapatinya. 28Lalu berfirmanlah TUHAN dengan perantaraan Musa, "Berapa lama lagikah kamu enggan mentaati perintah-Ku dan hukum-Ku? 29Ingatlah bahawa TUHAN telah mengurniakan hari Sabat kepadamu. Oleh sebab itu pada hari keenam Dia memberimu roti untuk dua hari. Pada hari ketujuh masing-masing harus tinggal di tempatnya, tiada seorang pun boleh keluar dari tempatnya." 30Demikianlah bangsa itu beristirahat pada hari ketujuh. 31EKeturunan kaum Israel menamai roti itu manna. Besarnya seperti ketumbar, warnanya putih, dan rasanya seperti kuih bercampur madu. 32Musa berkata, "Inilah yang diperintahkan oleh TUHAN, 'Ambillah satu omeriii penuh untuk disimpan bagi keturunanmu, supaya mereka dapat melihat roti yang Kuberikan kepadamu untuk dimakan di gurun, setelah Aku membawa kamu keluar dari Tanah Mesir." 33FKemudian Musa berkata kepada Harun, "Ambillah sebuah kendi, letakkan satu omeriv penuh manna di dalamnya, lalu letakkanlah di hadapan TUHAN untuk disimpan bagi keturunanmu." 34Maka seperti yang diperintahkan oleh TUHAN kepada Musa, Harun pun menempatkan kendi itu di hadapan tabut loh hukum untuk disimpan. 35GEmpat puluh tahun lamanya orang Israel makan manna itu, sampai mereka tiba di negeri yang berpenduduk. Dimakanlah mereka manna itu sampai tiba di perbatasan Tanah Kanaan. 36Satu omer"class="footnote footnote-btn-hover">v ialah sepersepuluh efa.