Alkitab Versi Borneo |
Pembebasan hamba tebusan 1Hendaklah kamu mengadakan pembatalan hutang pada akhir setiap tujuh tahun. 2Beginilah cara pembatalan hutang itu: hendaklah setiap pemiutang melepaskan apa yang dipinjamkannya kepada sesamanya. Tidak boleh dia menagih hutangnya daripada sesamanya ataupun saudaranya kerana pembatalan hutang telah dimaklumkan Tuhan. 3Engkau boleh menagih hutang daripada orang asing, tetapi hendaklah engkau lepaskan apa pun milikmu yang ada pada saudaramu. 4Meskipun begitu, tidak akan ada fakir miskin dalam kalangan engkau kerana Tuhan pasti memberkati engkau di negeri yang dikurniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu sebagai harta pusaka untuk engkau duduki, 5asalkan engkau sungguh-sungguh mematuhi Tuhan, Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. 6Tuhan, Allahmu, akan memberkati engkau seperti yang dijanjikan-Nya kepadamu, dan engkau akan memberikan pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi engkau sendiri tidak akan meminjam. Engkau akan menguasai banyak bangsa, tetapi mereka tidak akan menguasai engkau. 7AApabila antaramu ada orang miskin, iaitu salah seorang saudaramu di kota mana pun di negeri yang dikurniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu, maka jangan keraskan hatimu dan jangan tutup tanganmu terhadap saudaramu yang miskin itu. 8Sebaliknya, bukalah tanganmu lebar-lebar baginya dan berilah pinjaman dengan murah hati kepadanya untuk mencukupkan sebarang kekurangan yang dialaminya. 9Hati-hati, jangan sampai tersimpan fikiran tidak wajar seperti ini dalam hatimu, 'Hampir tiba tahun ketujuh, iaitu tahun pembebasan hutang,' lalu engkau memandang saudaramu yang miskin itu dengan mata yang jahat dan tidak memberikan apa-apa kepadanya. Dia akan berseru kepada Tuhan mengenai engkau, dan engkau akan menjadi berdosa. 10Berilah dengan murah hati. Janganlah hatimu berat ketika engkau memberikan kepadanya. Maka kerana hal itu Tuhan, Allahmu, akan memberkati segala pekerjaanmu dan segala usaha kamu. 11BOrang miskin memang tidak akan pernah habis di negeri itu lantas aku memerintahkan kepadamu supaya kamu membuka tanganmu lebar-lebar bagi saudaramu, iaitu bagi orang yang tertindas dan yang miskin di negerimu. 12CJika saudaramu, seorang lelaki atau seorang perempuan Ibrani, dijual kepadamu dan menghambakan diri kepadamu enam tahun lamanya, maka pada tahun ketujuh hendaklah engkau melepaskannya pergi sebagai orang yang merdeka. 13Apabila engkau melepaskannya pergi sebagai orang merdeka, jangan engkau lepaskan kepergiannya dengan tangan kosong. 14Dengan murah hati bekalilah dia daripada kawanan dombamu, dari tempat pembantingan hasil tuaianmu, dan dari tempat pemerasan anggurmu. Hendaklah kamu memberikan kepadanya, selaras dengan berkat yang dikurniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu. 15Ingatlah bahawa engkau pun dahulu hamba di Tanah Mesir, lalu Tuhan, Allahmu, menebus kamu. Itulah sebabnya aku memerintahkan hal itu kepadamu pada hari ini. 16Akan tetapi, jika orang itu berkata kepadamu, 'Aku tidak mahu pergi daripada tuan,' sebab dia mengasihi kamu serta keluargamu, kerana baik keadaannya selama dia bersama-samamu, 17maka ambillah penindik lalu tindiklah telinganya pada pintu. Dengan demikian dia akan menjadi hambamu untuk seterusnya. Perbuatlah demikian juga terhadap hambamu yang perempuan. 18Jangan berasa berat ketika kamu melepaskan dia pergi sebagai orang bebas, kerana dia telah bekerja untukmu selama enam tahun dan nilai pekerjaannya dua kali ganda usaha pekerja upahan. Dengan demikian Tuhan, Allahmu, akan memberkatimu dalam segala sesuatu yang kamu lakukan.
Memberikan yang terbaik kepada Tuhan 19DSemua anak sulung jantan yang lahir dalam kawanan lembu dan kawanan dombamu harus kaukhususkan bagi Tuhan, Allahmu. Jangan berbuat sesuatu dengan anak sulung lembumu dan jangan gunting bulu anak sulung dombamu. 20Hendaklah tahun demi tahun engkau dan keluargamu memakannya di hadapan Tuhan, Allahmu, di tempat yang akan dipilih oleh Tuhan. 21Akan tetapi, jika haiwan itu bercacat cela seperti tempang, buta, atau apa-apa pun yang buruk, maka janganlah kamu persembahkan haiwan itu kepada Tuhan, Allahmu. 22Makanlah dagingnya di kotamu. Baik orang bernajis mahupun orang suci sama-sama boleh memakannya seperti memakan daging kijang atau daging rusa. 23EHanya, jangan kaumakan darahnya. Tumpahkanlah darah itu ke tanah seperti air.