Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Petrus dan Yohanes di hadapan Majlis Agama

1Sementara merekai bercakap kepada orang ramai, para imam dan ketua pengawal Bait Suci serta orang Saduki datang kepada mereka. 2Mereka sangat gelisah bahawa rasul itu mengajar orang ramai dan memberitakan kebangkitan daripada kematian melalui Yesus. 3Mereka menangkap Petrus dan Yohanes lalu memasukkan mereka ke dalam penjara sampai esok kerana hari sudah malam. 4Namun demikian, ramai orang yang telah mendengar apa yang diajarkan itu percaya, dan jumlah laki-laki telah bertambah kira-kira lima ribu.

5Pada esoknya, para pemimpin masyarakat Yahudi, tua-tua dan ahli-ahli Taurat berhimpun di Yerusalem, 6dan juga imam besar Hanas, Kayafas, Yohanes, Aleksanderii dan seluruh keluarga imam besar. 7Mereka membawa Petrus dan Yohanes untuk dihadapkan kepada mereka. Kemudian mereka pun bertanya, "Dengan kuasa apa dan dengan nama siapakah kamu telah melakukan perkara itu?"

8Petrus yang dipenuhi Roh Kudus berkata kepada mereka, "Para pemimpin masyarakat Israel! 9Sekiranya hari ini kami dihakimi atas perbuatan baik kepada seorang yang lumpuh, sehingga dia dipulihkan, 10maka ketahuilah kamu sekalian dan seluruh bangsa Israel, bahawa dengan nama Yesus Kristus dari Nazaret, yang telah kamu salib dan telah dibangkitkan Allah daripada kematian, dengan nama Dialah orang ini berdiri di sini di hadapanmu dalam keadaan sihat sempurna. 11AInilah 'batu yang kamu buang sebagai pembina,

kini telah menjadi batu penjuru.'

12Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita."

13Apabila mereka melihat keberanian Petrus dan Yohanes sedangkan kedua-duanya ternyata orang yang tidak berpelajaran serta tidak terlatih, mereka pun hairan. Mereka sedar bahawa kedua-duanya telah bersama dengan Yesus. 14Apabila mereka melihat orang yang sudah disembuhkan itu berdiri di sisi kedua-duanya, mereka tidaklah dapat menyangkal lagi. 15Tetapi setelah mereka menyuruh kedua-duanya keluar dari majlis itu, mereka pun bermesyuarat sesama sendiri, 16"Apakah yang akan kita lakukan kepada mereka itu? Sesungguhnya, sudah nyata kepada semua orang Yerusalem bahawa satu mukjizat yang mengagumkan telah dilakukan melalui mereka, dan kita tidak dapat menafikannya. 17Tetapi supaya berita ini tidak tersebar lebih luas dalam kalangan bangsa kita, eloklah kita melarang mereka berkata-kata lagi kepada sesiapa pun dengan menggunakan nama itu."

18Dengan demikian mereka pun memanggil kedua-duanya itu dan mengeluarkan perintah jangan sekali-kali bercakap atau mengajar dengan nama Yesus. 19Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, "Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah, 20kerana kami mesti bercakap tentang segala yang telah kami lihat dan dengar itu." 21Setelah membuat beberapa ugutan lagi, mereka melepaskan kedua-dua rasul itu kerana tidak tahu bagaimana hendak menghukum mereka, memandangkan seluruh masyarakat memuji Allah atas apa yang telah dilakukan itu; 22padahal orang yang disembuhkan melalui mukjizat itu sudah berumur lebih daripada empat puluh tahun.

Doa orang beriman

23Setelah dilepaskan, Petrus dan Yohanes segera pergi mendapatkan rakan-rakan mereka lalu menceritakan segala yang dikatakan oleh para imam besar dan pemimpin masyarakat itu kepada mereka. 24BApabila mendengar segalanya, mereka semua berseru dengan satu hati, "Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang menjadikan langit dan bumi serta laut dengan segala isinya, 25Cyang melalui Roh Kudus hamba-Mu Daud telah berfirman: 'Mengapa bangsa-bangsa asing naik berang

dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?

26Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian,

dan para pemimpin bermuafakat untuk melawan Tuhan

dan melawan Dia yang diurapi-Nya.'

27ESesungguhnya, Herodes dan Pontius Pilatus, bersama orang asing dan bangsa Israel telah berhimpun di negeri ini melawan Hamba Suci-Mu Yesus yang telah Kauurapi, 28untuk melakukan segala yang sudah ditentukan oleh kuasa dan tujuan-Mu. 29Ya Tuhan, lihatlah ugutan mereka dan kurniakanlah kepada hamba-hamba-Mu ini sepenuh keberanian untuk menyampaikan firman-Mu. 30Hulurkan tangan-Mu untuk menyembuhkan dan melakukan tanda-tanda ajaib serta mukjizat dengan nama Hamba Suci-Mu Yesus."

31Setelah mereka berdoa, tempat mereka berhimpun itu bergoncang. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Kudus dan mengucap firman Allah dengan berani.

Orang beriman berkongsi segalanya

32FSemua orang yang sudah percaya itu sehati sejiwa. Tiada seorang pun yang mengatakan sesuatu itu miliknya; mereka berkongsi segalanya. 33Dengan kuasa yang hebat rasul-rasul itu bersaksi tentang kebangkitan Tuhan Yesus. Kasih kurnia besar melimpahi mereka sekalian. 34Tiada seorang pun di antara mereka yang kekurangan; kerana semua yang memiliki harta atau rumah telah menjualnya, membawa wang jualan itu 35dan meletakkannya di kaki para rasul; lalu dibahagikanlah antara mereka menurut keperluan masing-masing.

36Yusuf yang digelar para rasul Barnabas (yang diterjemahkan sebagai Anak Pendorong), orang Lewi dari Siprus, 37ada mempunyai tanah. Dia menjualnya lalu membawa wang jualan itu, dan meletakkannya di kaki para rasul.