Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Samuel 22

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian puji syukur Raja Daud

1Daud mengucapkan perkataan nyanyian ini kepada Tuhan ketika Tuhan menyelamatkannya daripada cengkaman semua musuhnya dan daripada tangan Saul. 2Dia berkata, "Tuhan ialah batu pejalku, kubuku, dan penyelamatku.

3Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung.

Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku, dan penyelamatku.

Engkau menyelamatkan aku daripada keganasan.

4Aku berseru kepada Tuhan yang patut dipuji,

maka aku pun diselamatkan daripada musuhku.

5Sesungguhnya, gelora badai maut mengepungku,

curahan banjir kebinasaan mengerikanku,

6seksa alam kubur melilit aku,

rahang jerat maut mendesak aku.

7Maka dalam kesesakanku aku berseru kepada Tuhan,

aku meraung kepada Allahku,

dan Dia mendengar suaraku dari Bait Suci-Nya,

raunganku sampai kepada pendengaran-Nya.

8Maka bumi pun gempa dan gementar,

tapak langit bergegar dan bergoncang; kerana Dia murka.

9Asap naik daripada hidung-Nya,

dan api daripada mulut-Nya menghanguskan,

dan bara menyala keluar daripada-Nya.

10Dia menekuk langit lalu turun,

kelam pekat ada di bawah kaki-Nya.

11Dia terbang mengenderai malaikat kerubin;

Dia melayang di sayap angin.

12Dia menjadikan kegelapan di lelangit di sekeliling-Nya:

diselubungi timbunan air kelam dan awan tebal di udara.

13Kerana cahaya di hadapan-Nya,

bara api menyala.

14Tuhan mengguntur dari langit,

Yang Maha Tinggi memperdengarkan suara-Nya.

15Dia melepaskan anak-anak panah-Nya sehingga tercerai-berailah mereka,

iaitu kilat, sehingga kacaulah mereka.

16Lalu terlihatlah alur-alur laut,

dan alas-alas dunia tersingkap

oleh herdikan Tuhan,

oleh hembusan nafas hidung-Nya.

17Daripada ketinggian Dia menjangkau dan mengambil aku,

Dia menarik aku keluar daripada limpahan air.

18Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang gagah

dan daripada kalangan yang membenci aku,

kerana mereka terlalu kuat bagiku.

19Mereka bersemuka dengan aku pada hari bencanaku,

tetapi Tuhan jualah sandaranku.

20Dia membawa aku keluar, ke tempat yang lapang,

Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan padaku.

21Tuhan memperlakukan aku selaras dengan perbenarankui.

Dia membalas aku selaras dengan kesucian tanganku,

22kerana aku tetap mengikuti jalan-jalan Tuhan

dan tidak menyeleweng daripada Allahku dengan melakukan kejahatan;

23kerana segala hukum-Nya ada di hadapanku,

dan aku tidak berpaling daripada ketetapan-ketetapan-Nya.

24Aku tidak bercela di hadapan-Nya,

dan aku menjaga diri daripada kesalahan.

25Oleh sebab itu Tuhan membalas aku selaras dengan perbenaranku

dan selaras dengan kesucianku di hadapan mata-Nya.

26Kepada orang yang berbelas kasihan, Engkau memperlihatkan belas kasihan-Mu,

kepada orang yang tidak bercela,

Engkau memperlihatkan diri-Mu tidak bercela,

27kepada orang yang suci,

Engkau memperlihatkan kesucian-Mu,

kepada orang yang menipu,

Engkau memperlihatkan kearifan-Mu.

28Umat yang tertindas Kauselamatkan,

tetapi mata-Mu memandang orang yang berhidung tinggi,

agar mereka Kaurendahkan.

29Engkaulah pelitaku, ya Tuhan,

dan Tuhan menerangi kegelapanku.

30Kerana Engkau, aku dapat menerobos suatu gerombolan,

kerana Allahku aku dapat melompati tembok.

31Allah itu jalan-Nya sempurna,

firman Tuhan memang teruji.

Dialah perisai bagi semua orang yang berlindung kepada-Nya.

32Siapakah Allah selain Tuhan,

dan siapakah batu pejal selain Allah kita?

33Allah bentengku yang teguh,

Dia membuat jalanku tidak bercela.

34ADia menjadikan kakiku seperti kaki rusa dan menegakkan aku agar teguh di tempat-tempat yang tinggi.

35Dia mengajar tanganku berperang,

sehingga lenganku dapat melenturkan busur gangsa.

36Engkau mengurniakan kepadaku perisai penyelamatan-Mu

dan kelembutan-Mu menjadikan aku hebat.

37Engkau melapangkan tempat pijakanku,

sehingga kakiku tidak tergelincir.

38Aku mengejar musuh-musuhku serta memusnahkan mereka,

dan tidak kembali sebelum menumpaskan kesemua mereka.

39Aku menumpaskan mereka dan menghancurkan mereka, sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi.

Mereka rebah di bawah kakiku.

40Engkau telah melengkapkan aku dengan kekuatan untuk berperang,

Mereka yang bangkit melawan aku Engkau taklukkan di bawahku.

41Engkau membuat musuh-musuhku lari membelakangiku.

Kubinasakan kalangan yang membenci aku.

42Mereka mencari pertolongan, tetapi tidak ada yang menyelamatkan,

mencarinya daripada Tuhan, tetapi Dia tidak menjawab mereka.

43Kuhancurkan mereka seperti debu tanah,

kutumbuk dan kuinjak-injak mereka seperti lumpur di jalan.

44Engkau menyelamatkan aku daripada perbantahan rakyatku.

Engkau memelihara aku sebagai kepala bangsa-bangsa,

suku bangsa yang tidak kukenal menghambakan diri kepadaku.

45Orang asing tunduk kepadaku,

baru sahaja mereka mendengar,

mereka terus taat kepadaku.

46Orang asing menjadi putus asa

dan keluar dari kubu-kubu mereka dengan gementar.

47Tuhan hidup! Segala puji bagi batu pejalku!

Semoga Allah, batu pejal penyelamatanku, ditinggikan!

48Allah menuntut balas bagiku,

dan menaklukkan suku-suku bangsa ke bawah kuasaku.

49Dialah yang membebaskan aku daripada musuh-musuhku.

Engkau meninggikan aku demi mengatasi orang yang bangkit melawan aku,

Engkau melepaskan aku daripada orang yang melakukan kekerasan.

50BOleh sebab itu aku akan mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, antara bangsa-bangsa,

dan aku akan melantunkan puji-pujian atas nama-Mu.

51Tuhan memberikan penyelamatan besarii kepada orang yang dijadikan-Nya raja;

Dia melimpahkan kasih setia kepada orang yang diurapi-Nya,

kepada Daud, sampai anak cucu selama-lamanya.