Alkitab Versi Borneo |
Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Raja Yosia 1Sesudah itu raja menyuruh semua tua-tua Yehuda dan Yerusalem berkumpul menghadapnya. 2Maka pergilah raja ke Bait Tuhan bersama-sama semua orang Yehuda, seluruh penduduk Yerusalem, imam, nabi, dan seluruh rakyat, dari yang kecil sampai yang besar. Dibacakannya semua kata dalam kitab perjanjian yang ditemukan di Bait Tuhan itu, sementara mereka mendengarkannya. 3Kemudian raja berdiri dekat tiang. Diikatnya perjanjian di hadapan Tuhan untuk hidup mengikuti Tuhan dan berpegang teguh pada segala perintah-Nya, peraturan-Nya, serta ketetapan-Nya dengan segenap hati dan jiwa, juga untuk melaksanakan kata-kata perjanjian yang tertulis dalam kitab itu. Seluruh rakyat pun turut serta dalam perjanjian itu. 4ARaja memberikan perintah kepada Imam Besar Hilkia, kepada para imam tingkat dua, dan kepada para penjaga pintu untuk mengeluarkan dari dalam Bait Suci Tuhan semua perkakas yang telah dibuat bagi Baal, bagi Asyera, dan bagi segala benda langit. Kemudian dibakarnya semua itu di luar Yerusalem, di padang-padang Kidron, dan abunya diangkut ke Betel. 5Raja memecat para imam bagi penyembahan berhala yang telah dilantik oleh raja-raja Yehuda untuk membakar dupa di bukit-bukit pemujaan, di kota-kota Yehuda, dan di sekitar Yerusalem, demikian juga orang yang ditugaskan untuk membakar dupa kepada Baal, kepada matahari, kepada bulan, kepada rasi-rasi bintang, dan kepada segala benda langit. 6Diangkutnya patung Asyera dari Bait Tuhan ke luar Yerusalem, ke Sungai Kidron, lalu dibakarnya di tepi Sungai Kidron. Setelah itu, ditumbuknya menjadi debu, dan dicampakkannya debu itu ke atas kuburan rakyat jelata. 7Dia merobohkan pula ruangan khusus bagi kaum pelacur lelaki kuil yang ada di Bait Tuhan, di mana kaum wanita menenun kain tabir bagi Asyera. 8Semua imam dari kota-kota Yehuda disuruhnya datang, lalu dia menajiskan bukit-bukit pemujaan, tempat para imam itu membakar dupa, dari Geba sampai ke Bersyeba. Dirobohkannya bukit-bukit pemujaan dekat pintu-pintu gerbang di depan Pintu Gerbang Yosua, pembesar kota itu, yang berada di sebelah kiri kalau orang memasuki pintu gerbang kota itu. 9Tetapi imam bukit-bukit pemujaan itu tidak boleh mendekati mazbah atau tempat pembakaran korban Tuhan di Yerusalem. Mereka hanya boleh makan roti yang tidak beragi di tengah-tengah saudara mereka. 10CDia juga menajiskan Tofet, yang terletak di Lembah Ben-Hinom, supaya jangan orang mempersembahkan baik anak lelaki atau anak perempuan sebagai korban yang dibakar bagi Molokh. 11Disingkirkannya segala kuda rata yang dipersembahkan kepada matahari oleh raja-raja Yehuda di pintu masuk Bait Tuhan, dekat bilik Natan-Melekh, pegawai istana yang tinggal di astaka. Segala kuda rata matahari itu turut dibakarnya dengan api. 12DRaja pun merobohkan mazbah-mazbah di atas bumbung bilik atas Ahas, yang dibuat oleh raja-raja Yehuda, dan juga tempat-tempat pembakaran korban yang dibuat oleh Manasye di kedua-dua laman dalaman Bait Tuhan. Disingkirkannya semua itu dari sana lalu dicampakkannya debunya ke Sungai Kidron. 13ERaja pun menajiskan bukit-bukit pemujaan yang terletak di sebelah timur Yerusalem, di sebelah selatan Bukit Kehancuran yang dahulunya dibina oleh Salomo, raja Israel, untuk Asytoret, dewi kejijikan sembahan orang Sidon; untuk Kamos, dewa kejijikan sembahan orang Moab; dan untuk Milkom, dewa kejijikan sembahan bani Amon. 14Dihancurkannya tiang-tiang berhala dan ditebangnya patung-patung Asyera, lalu dipenuhinya tempat-tempat itu dengan tulang-tulang manusia. 15FBahkan mazbah-mazbah di Betel, iaitu bukit pemujaan yang dibuat oleh Yerobeam anak Nebat sehingga orang Israel turut berdosa, dirobohkannya juga. Dibakarnya bukit pemujaan itu, ditumbuknya menjadi debu, lalu dibakarnya juga patung-patung Asyera. 16GKemudian Yosia berpaling. Dilihatnya ada kuburan di sana, di gunung itu. Maka disuruhnya orang untuk mengambil tulang-tulang daripada kuburan itu, membakarnya di atas mazbah, dan menajiskannya. Hal ini selaras dengan firman Tuhan yang pernah diserukan oleh seorang hamba Allah. 17HKemudian dia bertanya, "Tugu apakah yang kulihat ini?" Jawab orang kota itu kepadanya, "Itu makam hamba Allah yang datang dari Yehuda. Dialah yang meramalkan hal-hal yang tuanku lakukan atas mazbah Betel ini." 18Katanya, "Biarkanlah itu. Jangan ada orang yang memindahkan tulang-tulangnya." Jadi, mereka membiarkan tulang-tulangnya dan tulang-tulang nabi yang telah datang dari Samaria itu. 19Yosia juga menyingkirkan semua kuil di bukit-bukit pemujaan di kota-kota Samaria, yang dibuat oleh raja-raja Israel untuk membangkitkan murka Tuhan. Diperlakukannya kuil-kuil itu sama seperti yang dilakukannya di Betel. 20Di atas mazbah-mazbah itu dibantainya semua imam bukit-bukit pemujaan yang ada di situ, lalu dibakarnya tulang-tulang manusia di atasnya. Setelah itu, kembalilah dia ke Yerusalem. 21Lalu raja memberikan perintah kepada seluruh rakyat, "Rayakanlah Paskah bagi Tuhan, Allahmu, seperti yang tertulis dalam kitab perjanjian ini." 22Paskah seperti itu memang belum pernah dirayakan sejak zaman hakim-hakim yang memerintah Israel serta sepanjang zaman raja-raja Israel dan raja-raja Yehuda. 23Baru pada tahun kelapan belas zaman Raja Yosia, Paskah itu dirayakan bagi Tuhan di Yerusalem. 24Selain itu, Yosia juga menyingkirkan para pemanggil arwah, para ahli sihir, terafimi, berhala-berhala, dan segala dewa kejijikan yang kelihatan di Tanah Yehuda serta di Yerusalem. Hal itu dilakukannya demi melaksanakan perkataan hukum Taurat yang tertulis dalam kitab yang ditemukan di Bait Tuhan oleh Imam Hilkia. 25Sebelum Yosia tidak ada raja sepertinya, yang berbalik kepada Tuhan dengan segenap hatinya, dengan segenap jiwanya, dan dengan segenap kekuatannya, selaras dengan seluruh Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa. Sesudahnya juga tidak pernah tampil seorang pun sepertinya. 26Meskipun begitu, Tuhan tidak juga berpaling daripada murka-Nya yang besar, iaitu murka yang menyala-nyala terhadap Yehuda akibat segala kelakuan Manasye yang menimbulkan sakit hati-Nya. 27Tuhan berfirman, "Aku pun akan menyingkirkan Yehuda dari hadirat-Ku seperti Aku menyingkirkan Israel. Aku akan membuang kota yang Kupilih ini, iaitu Yerusalem, dan Bait ini, meskipun Aku telah berfirman, 'Nama-Ku akan tinggal di sana.' " 28Riwayat Yosia yang selebihnya dan semua yang dilakukannya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda? 29Pada zamannya, Firaun Nekho, raja Mesir, maju melawan raja Asyur di tepi Sungai Efrat. Raja Yosia pun berangkat menghadapinya, tetapi Firaun membunuhnya di Megido sebaik sahaja dia melihatnya. 30Para pegawainya mengangkut mayatnya dengan rata dari Megido dan membawanya ke Yerusalem. Dia dikuburkan di dalam kuburnya sendiri. Lalu rakyat negeri itu mengangkat Yoahas anak Yosia, mentahbiskan dia dan menobatkan dia sebagai raja untuk menggantikan ayahnya. Yoahas bertakhta di Yehuda 31Yoahas berumur dua puluh tiga tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama tiga bulan. Nama ibunya ialah Hamutal anak Yeremia, dari Libna. 32Dia melakukan apa yang jahat di mata Tuhan seperti semua yang dilakukan oleh nenek moyangnya. 33Kemudian Firaun Nekho membelenggunya di Ribla, di Tanah Hamat, supaya jangan lagi dia bertakhta di Yerusalem. Atas negeri itu Firaun membebankan denda seratus talenta perak dan satu talenta emas. 34ISetelah itu, Firaun Nekho menobatkan Elyakim anak Yosia sebagai raja menggantikan Yosia, ayahnya, dan mengubah nama Elyakim kepada Yoyakim, manakala Yoahas diambilnya, dibawanya ke Mesir, dan mati di sana. 35Yoyakim menyerahkan perak dan emas kepada Firaun, tetapi dia mengenakan cukai atas negeri itu supaya dapat menyerahkan wang selaras dengan perintah Firaun. Dipungutnya perak dan emas itu daripada rakyat negeri, masing-masing menurut ketetapan kadar cukainya, untuk kemudian diserahkan kepada Firaun Nekho. Yoyakim bertakhta di Yehuda 36JYoyakim berumur dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama sebelas tahun. Nama ibunya ialah Zebuda anak Pedaya, dari Ruma. 37Dia melakukan apa yang jahat di mata Tuhan seperti semua yang dilakukan oleh nenek moyangnya.