Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Samuel 13

A A A
Alkitab Versi Borneo
9Maka Saul berkata, "Bawalah kepadaku segala korban bakaran dan korban kedamaian itu." Lalu dia mempersembahkan korban bakaran. 10Sebaik sahaja dia selesai mempersembahkan korban bakaran, tiba-tiba datanglah Samuel. Saul keluar menyambutnya untuk mengucapkan salam kepadanya. 11Samuel bertanya, "Apakah yang kaulakukan?"

Jawab Saul, "Apabila kulihat bahawa pasukan itu bercerai-berai meninggalkan aku, sedangkan engkau tidak juga datang pada waktu yang telah ditetapkan dan orang Filistin telah berkumpul di Mikhmas, 12maka aku berfikir, 'Sekarang orang Filistin akan datang menyerang aku di Gilgal, padahal aku belum memohon belas ihsan Tuhan.' Itulah sebabnya aku memberanikan diri untuk mempersembahkan korban bakaran."

13Kata Samuel kepada Saul, "Perbuatanmu itu bodoh. Engkau tidak mengikuti perintah Tuhan, Allahmu, yang diperintahkan-Nya kepadamu. Andainya kamu patuh, memang Tuhan tetap akan mengukuhkan kerajaanmu atas orang Israel buat selama-lamanya. 14ATetapi sekarang pemerintahan dan kerajaanmu tidak akan tetap. Tuhan telah memilih seorang yang berkenan dalam hati-Nya dan Tuhan telah menunjuk dia untuk menjadi raja atas umat-Nya, kerana engkau tidak mengikuti apa yang diperintahkan Tuhan kepadamu."