Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Yohanes 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
9Sesiapa yang berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi dia benci akan saudaranya, maka dia tetap berada dalam kegelapan hingga sekarang. 10Sesiapa yang kasih akan saudaranya hidup dalam cahaya dan dalam dirinya tidak ada sesuatu pun yang dapat membuatnya kecundang. 11Tetapi sesiapa yang benci akan saudaranya hidup dalam kegelapan. Dia melangkah dalam kegelapan dan tidak tahu ke mana hala tujunya, kerana kegelapan telah membutakannya.