Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Petrus 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Isteri dan suami

1ADemikian juga kamu, isteri, berserahlah kepada suamimu. Dengan demikian, suami yang tidak percaya kepada firman Allah dapat ditarik untuk percaya tanpa sepatah kata, hanya dengan kelakuan isterinya 2ketika mereka melihat betapa murni dan salihnya hidupmu. 3BJanganlah hiasi dirimu di luar sahaja – mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah. 4Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di mata Allah. 5Demikianlah hiasan perempuan zaman dahulu yang salih dan berharap pada Allah. Mereka berserah kepada suami, 6Cseperti Sarah yang taat kepada Abraham dan memanggilnya tuan. Kamu ialah anak-anak perempuan Sarah jika kamu berbuat baik dan tidak takut apa-apa.

7DSuami, kamu juga hendaklah hidup bersama isterimu dengan sikap mengerti. Berilah penghormatan kepada isteri sebagai kaum yang lebih lemah dan sebagai rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup. Dengan demikian doamu kepada Allah tidak akan terhalang.

Menderita kerana berbuat baik

8Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik. 9Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak. 10EKerana, "Sesiapa yang mencintai hidup

dan mengalami masa yang baik

hendaklah menjaga lidahnya

daripada kejahatan

dan bibirnya daripada kata-kata

yang palsu.

11Hendaklah dia tinggalkan kejahatan

dan lakukan kebaikan;

hendaklah dia cari

dan buru kedamaian.

12Kerana mata Tuhan tertuju

kepada orang yang benar

dan telinga-Nya mendengar doa mereka,

tetapi wajah Tuhan menentang mereka yang berbuat jahat."

13Siapakah yang akan menyakitimu jika kamu berbuat kebaikan dengan penuh semangat? 14FNamun demikian, kalaupun kamu menderita kerana melakukan yang benar, kamu akan diberkati. "Jangan takut akan ugutan mereka dan janganlah bimbang." 15Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat, 16serta dengan suara hati yang murni. Dengan demikian mereka yang mencela kelakuan baikmu dalam Kristus akan berasa malu. 17Jika dikehendaki Allah kamu menderita kerana melakukan kebaikan, itu lebih baik daripada menderita kerana melakukan kejahatan. 18Kristus juga telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita. Dia yang benar telah menderita untuk orang yang tidak benar supaya Dia dapat membawa kita kepada Allah. Dia telah dibunuh secara jasmani tetapi dihidupkan semula sebagai Roh. 19Dalam keadaan demikian, Dia pergi menyampaikan perkhabaran kepada roh-roh yang dipenjarakan. 20GRoh-roh itu tidak taat akan Allah yang menantikan mereka dengan sabar sepanjang masa Nuh membina bahteranya. Hanya lapan orang menaiki bahtera itu dan diselamatkan melalui air. 21Air bah itu melambangkan baptisan yang sekarang menyelamatkan kita, baptisan – bukan pembersihan kotoran badan tetapi sambutan hati nurani yang bersih terhadap Allah – melalui pembangkitan Yesus Kristus daripada kematian. 22Dia telah pergi ke syurga dan sekarang berada di kanan Allah. Para malaikat, penguasa dan pemerintah telah diletakkan di bawah-Nya.