Alkitab Versi Borneo |
Suku-suku selebihnya Keturunan Isakhar 1Anak-anak Isakhar: Tola, Pua, Yasub, dan Simron – kesemuanya empat orang. 2Anak-anak Tola: Uzi, Refaya, Yeriel, Yahmai, Yibsam, dan Samuel. Mereka ketua kaum keluarga Tola dan kesateria yang gagah perkasa. Menurut keturunannya, jumlah mereka pada zaman Daud ialah 22,600 orang. 3Anak Uzi: Yizrahya. Anak-anak Yizrahya: Mikhail, Obaja, Yoel, dan Yisia – lima orang. Semuanya para ketua kaum. 4Bersama mereka terdapat pasukan tentera perang seramai 36,000 orang menurut keturunan dan kaum keluarga masing-masing, kerana mereka mempunyai ramai isteri serta anak. 5Para saudara mereka daripada seluruh kaum Isakhar ada 87,000 kesateria yang gagah perkasa. Semuanya tertulis dalam salasilah mereka. Keturunan Benyamin 6Anak-anak Benyamin: Bela, Bekher, dan Yediael – tiga orang. 7Anak-anak Bela: Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri – lima orang. Mereka ketua kaum keluarga dan kesateria yang gagah perkasa. Menurut salasilah, mereka berjumlah 22,034 orang. 8Anak-anak Bekher: Zemira, Yoas, Eliezer, Elyoenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet. Kesemuanya anak Bekher. 9Mereka yang tercatat dalam salasilah, iaitu para ketua kaum keluarga dan para kesateria yang gagah perkasa ialah 20,200 orang. 10Anak Yediael: Bilhan. Anak-anak Bilhan: Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar. 11Kesemuanya anak Yediael, para ketua kaum keluarga, para kesateria yang gagah perkasa, ada 17,200 orang yang siap bertempur dalam peperangan. 12Supim dan Hupim pula ialah anak-anak Ir manakala Husim ialah anak Aher. Keturunan Naftali 13Anak-anak Naftali: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum – anak-anaknya daripada Bilha. Keturunan Manasye 14Keturunan Manasye: Asriel, yang dilahirkan oleh gundiknya, orang Aram. Perempuan ini juga melahirkan Makhir, ayah Gilead. 15Makhir mengambil isteri bagi Hupim dan Supim. Nama saudara perempuannya ialah Maakha dan nama anak yang kedua ialah Zelafehad. Zelafehad hanya mempunyai anak perempuan. 16Maakha, isteri Makhir, melahirkan seorang anak yang dinamainya Peres, manakala nama adiknya ialah Seres. Anak-anak Seres ialah Ulam dan Rekem. 17Anak Ulam: Bedan. Itulah keturunan Gilead anak Makhir anak Manasye. 18Saudara perempuannya, Molekhet, melahirkan Isyhod, Abiezer, dan Mahla. 19Anak-anak Semida ialah Ahyan, Sekhem, Likhi, dan Aniam. Keturunan Efraim 20Keturunan Efraim turun-temurun: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, 21Zabad, Sutelah, kemudian Ezer dan Elad, yang dibunuh oleh orang kaum Gat yang lahir di negeri itu kerana mereka merampas ternakan kaum Gat itu. 22Efraim, ayah mereka, berkabung berhari-hari lamanya, sehingga para saudaranya datang untuk menghiburkannya. 23Sesudah itu dia meniduri isterinya, lalu perempuan itu mengandung dan melahirkan seorang anak yang dinamainya Beria, kerana malapetaka telah menimpa keluarganya. 24Anak perempuannya ialah Seera, yang membina Bet-Horon-Hilir dan Hulu, serta Uzen-Seera. 25Anak lelakinya ialah Refah dan Resef; kemudian turun-temurunnya ialah Telah, Tahan, 26Ladan, Amihud, Elisama, 27Nun, Yosua. 28Milik dan tempat tinggal mereka ialah Betel, Naaran di sebelah timur dan Gezer di sebelah barat, Sikhem sampai ke Aya, semuanya dengan kampung-kampungnya. 29Di perbatasan dengan bani Manasye terdapat Bet-Sean, Taanakh, Megido, dan Dor, semuanya dengan kampung-kampungnya. Di tempat-tempat itulah menetapnya keturunan Yusuf anak Israel. Keturunan Asyer 30Anak-anak Asyer: Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria. Serah ialah saudara perempuan mereka. 31Anak-anak Beria: Heber dan Malkiel, iaitu bapa Birzait. 32Heber beranakkan Yaflet, Somer, Hotam dan seorang saudara perempuan mereka bernama Sua.
33Anak-anak Yaflet: Pasakh, Bimhal, dan Aswat. Itulah keturunan Yaflet. 34Anak-anak Semer: Ahi, Rohga, Yehuba, dan Aram. 35Anak-anak Helem, saudaranya: Zofah, Yimna, Seles, dan Amal. 36Anak-anak Zofah: Suah, Harnefer, Syual, Beri, Yimra, 37Bezer, Hod, Sama, Silsa, Yitran, dan Beera. 38Anak-anak Yeter: Yefune, Pispa, dan Ara. 39Anak-anak Ula: Arah, Haniel, dan Rizya. 40Itulah semua keturunan Asyer, para ketua kaum keluarga, para kesateria gagah perkasa yang terpilih dan yang menjadi para pemimpin utama. Jumlah yang tercatat dalam salasilah mereka sebagai pasukan perang ialah 26,000 orang.