Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Tawarikh 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Keturunan Lewi

1Anak-anak Lewi: Gerson, Kehat, dan Merari.

2Anak-anak Kehat: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.

3Anak-anak Amram: Harun, Musa, dan Miryam. Anak-anak Harun: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.

4Kemudian daripada Eleazar turun-temurun: Pinehas, Abisua, 5Buki, Uzi, 6Zerahya, Merayot, 7Amarya, Ahitub, 8Zadok, Ahimaas, 9Azarya, Yohanan, 10Azarya (dialah yang menunaikan tugas sebagai imam di Bait Suci yang dibina oleh Salomo di Yerusalem), 11Amarya, Ahitub, 12Zadok, Salum, 13Hilkia, Azarya, 14Seraya, Yozadak. 15Yozadak turut dibuang ketika Tuhan membiarkan orang Yehuda dan orang Yerusalem dibuang oleh Nebukadnezar.

16AAnak-anak Lewi: Gerson, Kehat, dan Merari. 17Inilah nama anak-anak Gerson: Libni dan Simei. 18Anak-anak Kehat: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel. 19Anak-anak Merari: Mahli dan Musi. Inilah kaum orang Lewi menurut kaum keluarga mereka: 20Daripada Gerson turun-temurun: Libni, Yahat, Zima, 21Yoah, Ido, Zerah, Yeatrai.

22Keturunan Kehat turun-temurun: Aminadab, Korah, Asir, 23Elkana, Ebyasaf, Asir, 24Tahat, Uriel, Uzia, Saul.

25Anak-anak Elkana: Amasai dan Ahimot; 26daripada Ahimot turun-temurun ialah Elkana, Zofai, Nahat, 27Eliab, Yeroham, Elkana.

28Anak-anak Samuel: Yoel, anak sulungnya, dan Abia, anak kedua.

29Keturunan Merari turun-temurun: Mahli, Libni, Simei, Uza, 30Simea, Hagia, Asaya.

Para penyanyi di Bait Allah

31Inilah orang yang ditugaskan Daud untuk memimpin nyanyian di Bait Tuhan setelah tabut itu tersimpan di sana. 32Mereka berbakti dengan nyanyian di depan Khemah Suci, iaitu Khemah Pertemuan, sampai Salomo membina Bait Tuhan di Yerusalem. Mereka melaksanakan tugas masing-masing selaras dengan peraturannya. 33Inilah orang yang berbuat bakti, berserta anak-anak mereka.

Daripada bani Kehat: penyanyi Heman anak Yoel anak Samuel 34anak Elkana anak Yeroham anak Eliel anak Toah 35anak Zuf anak Elkana anak Mahat anak Amasai 36anak Elkana anak Yoel anak Azaria anak Zefanya 37anak Tahat anak Asir anak Ebyasaf anak Korah 38anak Yizhar anak Kehat anak Lewi anak Israel.

39Di sebelah kanannya berdiri Asaf, saudaranya; dialah Asaf anak Berekhya anak Simea 40anak Mikhail anak Baaseya anak Malkia 41anak Etai anak Zerah anak Adaya 42anak Etan anak Zima anak Simei 43anak Yahat anak Gerson anak Lewi.

44Di sebelah kiri berdiri seorang daripada bani Merari, saudara-saudara mereka: Etan anak Kisi anak Abdi anak Malukh 45anak Hasabya anak Amazia anak Hilkia 46anak Amzi anak Bani anak Semer 47anak Mahli anak Musi anak Merari anak Lewi.

Keturunan Harun

48Para saudara mereka iaitu orang Lewi lainnya, ditugaskan dengan segala pekerjaan Khemah Suci, iaitu Rumah Allah.

49Tetapi Harun dan keturunannya bertugas membakar korban di atas mazbah korban bakaran dan di atas mazbah pembakaran dupa bagi segala pekerjaan Tempat Yang Maha Suci. Mereka juga bertugas mengadakan pendamaian bagi orang Israel selaras dengan semua yang diperintahkan oleh Musa, hamba Allah itu. 50Inilah keturunan Harun turun-temurun: Eleazar, Pinehas, Abisua, 51Buki, Uzi, Zerahya, 52Merayot, Amarya, Ahitub, 53Zadok, Ahimaas.

Kota-kota orang Lewi

54Inilah tempat kediaman mereka, iaitu segala perkhemahan mereka di daerah mereka: Kepada keturunan Harun daripada kaum orang Kehat (merekalah yang mendapat undian pertama) 55diberikan Hebron di Tanah Yehuda berserta padang-padang ragut di sekelilingnya. 56Akan tetapi, ladang-ladang kota itu berserta desa-desanya telah diberikan kepada Kaleb anak Yefune. 57Maka kepada keturunan Harun diberikan kota-kota perlindungan, iaitu Hebron, Libna, Yatir, Estemoa, 58Hilen, Debir, 59Asan, dan Bet-Semes, semuanya berserta padang ragut mereka. 60Daripada suku Benyamin mereka mendapat Geba, Alemet, dan Anatot, semuanya berserta padang ragut mereka. Jadi, jumlah seluruh kota yang dibahagikan antara kaum-kaum mereka ialah tiga belas buah kota. 61Keturunan Kehat yang selebihnya daripada kaum suku itu diberikan sepuluh buah kota yakni daripada separa suku Manasye, melalui undian.

62Kepada keturunan Gerson menurut kaum-kaumnya diberikan tiga belas buah kota daripada suku Isakhar, suku Asyer, suku Naftali, dan suku Manasye yang ada di Basan. 63Kepada keturunan Merari menurut kaum-kaumnya diberikan dua belas buah kota daripada suku Ruben, suku Gad, dan suku Zebulon, melalui undian. 64Demikianlah orang Israel memberikan kepada orang Lewi kota-kota itu berserta padang ragut mereka. 65Mereka juga memberikan kota-kota yang disebutkan namanya tadi daripada suku bani Yehuda, suku bani Simeon, dan suku bani Benyamin, dengan cara mencabut undi.

66Beberapa kaum yang lain daripada keturunan Kehat mendapat kota-kota daripada suku Efraim sebagai daerah mereka. 67Kepada mereka diberikan kota-kota perlindungan, iaitu Sikhem di pergunungan Efraim, Gezer, 68Yokmeam, Bet-Horon, 69Ayalon, dan Gat-Rimon, semuanya berserta padang ragut mereka. 70Daripada separa suku Manasye, kaum bani Kehat yang selebihnya itu pun mendapat Aner dan Bileam, semuanya berserta padang-padang ragut.

71Keturunan Gerson mendapat kota-kota yang berikut: Golan yang di Basan, dan Astarot, daripada kaum suku Manasye yang separa itu, semuanya berserta padang-padang ragut; 72Kedesh, Daberat, 73Ramot, dan Anem, daripada suku Isakhar, semuanya berserta padang-padang ragut; 74Masal, Abdon, 75Hukok, dan Rehob, daripada suku Asyer, semuanya berserta padang-padang ragut; 76Kedesh yang di Galilea, Hamon, dan Kiryataim, daripada suku Naftali, semuanya berserta padang-padang ragut.

77Keturunan Merari yang selebihnya mendapat kota-kota yang berikut: Rimono dan Tabor daripada suku Zebulon, semuanya berserta padang-padang ragut; 78kota-kota di seberang Sungai Yordan dekat Yerikho, sebelah timur Sungai Yordan, daripada suku Ruben, iaitu Bezer yang di gurun, Yahas, 79Kedemot, dan Mefaat, semuanya berserta padang-padang ragut; 80Ramot yang di Gilead, Mahanaim, 81Hesbon, dan Yaezer, daripada suku Gad, semuanya berserta padang-padang ragut.