Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Tawarikh 25

A A A
Alkitab Versi Borneo

Para penyanyi

1Daud dan para panglima tentera mengkhususkan beberapa orang daripada anak-anak Asaf, anak-anak Heman, dan anak-anak Yedutun untuk ibadat. Mereka harus bernubuat dengan iringan kecapi, gambus, dan ceracap. Inilah daftar orang yang bekerja dalam ibadat itu.

2Daripada anak-anak Asaf: Zakur, Yusuf, Netanya, dan Asarela. Anak-anak Asaf berada di bawah pimpinan Asaf, yang bernubuat di bawah pengarahan raja.

3Daripada Yedutun, anak-anaknya: Gedalya, Zeri, Yesaya, Simei, Hasabya, dan Matica – enam orang, di bawah pimpinan ayah mereka, iaitu Yedutun, yang bernubuat dengan iringan kecapi untuk mengucap syukur dan memuji Tuhan.

4Daripada Heman, anak-anaknya: Bukia, Matanya, Uziel, Sebuel, Yerimot, Hananya, Hanani, Eliata, Gidalti, Romamti-Ezer, Yosbekasa, Maloti, Hotir, dan Mahaziot. 5Itulah kesemua anak Heman, pelihat raja, selaras dengan janji Allah untuk memberinya kehormatan. Allah mengurniai Heman empat belas orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. 6Mereka semua berada di bawah pimpinan ayah mereka sewaktu menyanyi untuk ibadat di rumah Tuhan dengan iringan ceracap, gambus, dan kecapi. Asaf, Yedutun, dan Heman pula berada di bawah pengarahan raja.

7Jumlah mereka bersama para saudara mereka yang dilatih untuk menyanyi bagi Tuhan, iaitu semua orang yang mahir, ialah dua ratus lapan puluh lapan orang.

8Mereka mencabut undi untuk tugas masing-masing, baik kecil mahupun besar, baik guru mahupun murid.

9Undian pertama bagi Asaf jatuh kepada Yusuf. Undian kedua kepada Gedalya dengan saudara dan anaknya – dua belas orang.

10Undian ketiga kepada Zakur, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

11Undian keempat kepada Yizri, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

12Undian kelima kepada Netanya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

13Undian keenam kepada Bukia, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

14Undian ketujuh kepada Yesarela, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

15Undian kelapan kepada Yesaya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

16Undian kesembilan kepada Matanya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

17Undian kesepuluh kepada Simei, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

18Undian kesebelas kepada Azareel, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

19Undian kedua belas kepada Hasabya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

20Undian ketiga belas kepada Subael, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

21Undian keempat belas kepada Matica, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

22Undian kelima belas kepada Yeremot, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

23Undian keenam belas kepada Hananya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

24Undian ketujuh belas kepada Yosbekasa, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

25Undian kelapan belas kepada Hanani, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

26Undian kesembilan belas kepada Maloti, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

27Undian kedua puluh kepada Eliata, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

28Undian kedua puluh satu kepada Hotir, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

29Undian kedua puluh dua kepada Gidalti, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

30Undian kedua puluh tiga kepada Mahaziot, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

31Undian kedua puluh empat kepada Romamti-Ezer, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.