Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Tawarikh 23

A A A
Alkitab Versi Borneo

Pembahagian bani Lewi dan pemberian tugas

1ASetelah Daud menjadi tua dan lanjut umur, diangkatnya anaknya, Salomo, menjadi raja atas Israel.

2Dia menghimpunkan semua pembesar Israel, imam, dan bani Lewi. 3Bani Lewi yang berumur tiga puluh tahun ke atas dihitung, seorang demi seorang. Jumlah mereka seramai tiga puluh lapan ribu orang lelaki. 4"Daripada mereka itu, dua puluh empat ribu orang harus mengawasi pekerjaan di Bait Tuhan, enam ribu orang harus menjadi pegawai dan hakim, 5empat ribu orang harus menjadi penjaga pintu gerbang, dan empat ribu orang harus menjadi ahli zikir memuji Tuhan dengan alat-alat muzik yang kubuat untuk melagukan puji-pujian," kata Daud.

6Daud membahagikan mereka kepada beberapa rombongan menurut anak-anak Lewi, iaitu Gerson, Kehat, dan Merari.

Bani Gerson

7Termasuk orang Gerson: Ladan dan Simei. 8Anak-anak Ladan: Yehiel, seorang ketua; Zetam; dan Yoel – tiga orang. 9Anak-anak Simei: Selomit,i Haziel, dan Haran – tiga orang. Inilah para ketua kaum keluarga Ladan. 10Anak-anak Simei: Yahat, Ziza, Yeus, dan Beria. Keempat-empat mereka itu anak Simei. 11Yahat ialah ketua, dan Ziza orang kedua. Yeus dan Beria tidak mempunyai ramai anak sehingga mereka diperhitungkan sebagai satu kaum keluarga.

Bani Kehat

12Anak-anak Kehat: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel – empat orang. 13BAnak-anak Amram: Harun dan Musa. Harun dan keturunannya dikhususkan untuk mengurus hal-hal yang teramat suci untuk selama-lamanya. Mereka harus membakar dupa di hadapan Tuhan, menyelenggarakan ibadat kepada-Nya, dan mengucapkan berkat dengan nama-Nya untuk selama-lamanya. 14Anak-anak Musa, hamba Allah itu, tergolong dalam suku Lewi. 15Anak-anak Musa: Gersom dan Eliezer. 16Anak Gersom: Sebuel, seorang ketua. 17Anak Eliezer: Rehabya, seorang ketua. Eliezer tidak mempunyai anak lain, tetapi anak-anak Rehabya sangat banyak bilangannya.

18Anak Yizhar: Selomit, seorang ketua. 19Anak-anak Hebron: Yeria, seorang ketua; Amarya, anak kedua; Yahaziel, anak ketiga; dan Yekameam, anak keempat. 20Anak-anak Uziel: Mikha, seorang ketua, dan Yisia, anak kedua.

Bani Merari

21Anak-anak Merari: Mahli dan Musi. Anak-anak Mahli: Eleazar dan Kish. 22Eleazar meninggal tanpa mempunyai anak lelaki, hanya ada anak perempuan. Kemudian saudara-saudara mereka, anak-anak Kish, memperisteri mereka. 23Anak-anak Musi: Mahli, Eder, dan Yeremot – tiga orang.

24Itulah bani Lewi menurut kaum keluarga mereka – para ketua kaum keluarga yang didaftarkan menurut nama mereka dan dihitung seorang demi seorang, iaitu mereka yang berumur dua puluh tahun ke atas, para pelaksana pekerjaan ibadat di Bait Tuhan.

25Daud memang berfikir, "Tuhan, Allah Israel, telah mengurniakan ketenteraman kepada umat-Nya. Dia akan bersemayam di Yerusalem untuk selama-lamanya. 26CDengan demikian, bani Lewi tidak usah lagi mengusung Khemah Suci dan segala alat kelengkapan yang digunakan untuk peribadatannya." 27Selaras dengan perintah Daud yang terakhir, mereka yang dicatat daripada bani Lewi ialah yang berumur dua puluh tahun ke atas. 28DTugas mereka adalah untuk membantu bani Harun dalam ibadat di Bait Tuhan, mengawasi pelataran dan bilik-bilik, menyucikan semua barang suci, dan melaksanakan ibadat di Rumah Allah. 29Mereka juga harus menyediakan roti persembahan, tepung terbaik untuk persembahan bahan makanan, kuih tipis tidak beragi, bahan panggangan, bahan adunan, serta segala sukatan dan ukuran. 30Mereka harus berdiri setiap pagi untuk mengucap syukur dan memuji Tuhan, demikian pula pada petang hari 31dan setiap kali korban bakaran dipersembahkan kepada Tuhan. Hal itu pun harus dilakukan secara tetap di hadapan Tuhan pada hari-hari Sabat, bulan-bulan baru, dan hari-hari perayaan tertentu, menurut jumlah yang ditentukan bagi mereka selaras dengan peraturan. 32Mereka berkewajipan mengurus Khemah Pertemuan, mengurus tempat suci, dan membantu bani Harun, saudara-saudara mereka, dalam peribadatan di Bait Tuhan.