Alkitab Versi Borneo |
Daftar keturunan Adam sampai Abraham Daripada Adam hingga anak-anak Nuh 1Adam, Set, Enos, 2Kenan, Mahalaleel, Yared, 3Henokh, Metusalah, Lamekh, 4Nuh, dan seterusnya anak-anaknya, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. Bani Yafet 5Anak-anak Yafet: Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. 6Anak-anak Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma. 7Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim. Bani Ham 8Keturunan Ham: Kush, Misraim, Put, dan Kanaan. 9Keturunan Kush: Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema: Syeba dan Dedan. 10Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi. 11Misraim beranakkan:i Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim, 12Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim. 13Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het, 14juga orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi, 15orang Hewi, orang Arki, orang Sini, 16orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati. Bani Sem 17Keturunan Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. 18Arpakhsad beranakkan Selah, dan Selah beranakkan Eber. 19Eber dikurniai dua orang anak lelaki. Nama yang seorang ialah Peleg, kerana pada zamannya bumi terbagi, dan nama adiknya ialah Yoktan. 20Yoktan beranakkan: Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah, 21Hadoram, Uzal, Dikla, 22Ebal,ii Abimael, Syeba, 23Ofir, Hawila, dan Yobab. Semua ini keturunan Yoktan. 24Sem, Arpakhsad, Selah, 25Eber, Peleg, Rehu, 26Serug, Nahor, Terah, 27dan Abram, iaitu Abraham. Keturunan Abraham 28Anak-anak Abraham ialah Ishak dan Ismael. 29Inilah salasilah mereka: Anak sulung Ismael ialah Nebayot, diikuti Kedar, Adbeel, Mibsam, Keturunan Ismael 30Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema, 31Yetur, Nafis, dan Kedma. Inilah anak-anak lelaki Ismael. Keturunan Ketura 32Anak-anak Ketura, gundik Abraham: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isbak, dan Suah. Anak-anak Yoksan: Syeba dan Dedan. 33Anak-anak Midian: Efa, Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa. Semuanya ini keturunan Ketura. Keturunan Ishak 34Abraham beranakkan Ishak. Anak-anak Ishak ialah Esau dan Israel. Keturunan Esau 35Anak-anak Esau: Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah. 36Anak-anak Elifas: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek. 37Anak-anak Rehuel: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Bangsa Seir di Edom 38Anak-anak Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan. 39Anak Lotan ialah Hori dan Homam;iii dan Timna ialah saudara perempuan Lotan. 40Anak-anak Syobal: Alyan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam. Anak Zibeon ialah Aya dan Ana. 41Anak Ana ialah Disyon. Anak-anak Disyon: Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran. 42Anak Ezer ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan. Anak Disyan ialah Us dan Aran. Raja-raja Edom 43Inilah barisan raja yang bertakhta di Tanah Edom sebelum ada seorang raja yang bertakhta atas orang Israel: 44Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya. 45Setelah Yobab mati, Husyam dari negeri orang Teman menaiki takhta menggantikannya. 46Setelah Husyam mati, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian di daerah Moab, menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Awit. 47Setelah Hadad mati, Samla dari Masreka menaiki takhta menggantikannya. 48Setelah Samla mati, Saul dari Rehobot yang terletak di tepi sungai, menaiki takhta menggantikannya. 49Setelah Saul mati, Baal-Hanan anak Akhbor menaiki takhta menggantikannya. 50Setelah Baal-Hanan mati, Hadad menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Pahi. Nama isterinya ialah Mehetabeel anak Matred anak Mezahab. 51Setelah itu, Hadad pun mati. Para ketua kaum di Edom termasuk: Ketua kaum Timna, ketua kaum Alya, ketua kaum Yetet, 52ketua kaum Oholibama, ketua kaum Ela, ketua kaum Pinon, 53ketua kaum Kenas, ketua kaum Teman, ketua kaum Mibzar, 54ketua kaum Magdiel, dan ketua kaum Iram. Itulah para ketua kaum di Edom.