Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

AVB Melangkah Ke Peringkat Serantau

Firman Tuhan dalam Bahasa Serantau

Alkitab Versi Borneo (AVB) wujud dalam bahasa Melayu, dan bahasa Melayu bahasa pelbagai bangsa di serantau. Bahasa Melayu bukan hak mutlak mana-mana kumpulan patriot dan nasionalis. 

Sesungguhnya, AVB merupakan penyampaian Firman Tuhan dalam bahasa standard di Malaysia, Singapura dan Brunei. Maka tidak hairanlah para uskup Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei (Catholic Bishops’ Conference of Malaysia, Singapore and Brunei) mengangkat AVB untuk digunakan sebagai teks liturgi bahasa Melayu rasmi bagi wilayah-wilayah Katolik di Malaysia, Singapura, dan Brunei (Ruj.: AVB as Official Liturgical Text for Malaysia, Singapore and Brunei).  

Langkah bersejarah itu sekali gus mengangkat AVB ke peringkat serantau,  sebagai satu lagi teks liturgi yang menyatupadukan umat Kristian serantau. 

 

Detik-detik Bersejarah 

Gagasan AVB didorong oleh beban berat untuk menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi dalam bahasa Malaysia terkini serta menepati kejituan kepada teks asal.  Selain dikawal ketat kejituan linguistiknya, ketelitian penuh kepada seni bahasa yang indah dan kejelasan makna telah menyumbang kepada suatu terjemahan dalam bahasa lancar dan menawan, sehingga AVB kini digemari sabagai Alkitab paling laris, bagi generasi baru untuk menikmati Firman Tuhan.

AVB menjadi penting dari segi sejarah pada tahun 2016, sebagai terjemahan formal yang pertama dalam Bahasa Malaysia. Beberapa tahun kemudian, AVB merintis landasan ekumenikal baru dengan penterjemahan Kitab Deuterokanonika sebagai teks pendamping kepada AVB. Pelancaran AVB Edisi Katolik oleh Persidangan Uskup Katolik Malaysia pada Januari 2024 merupakan mercu tanda yang penting bagi perpaduan gereja dan ekumenisme. 

Langkah luar biasa oleh para uskup Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei untuk mengangkat teks AVB sebagai Firman Tuhan dalam Bahasa Rantau Melayu memang berpadanan dan memenuhi aspirasi Gereja Umum. Bahasa Melayu adalah bahasa penghubung tunggal di kepulauan Melayu, yang pada suatu masa dahulu melayakkannya dipromosikan sebagai perantara komunikasi oleh pemerintahan kolonial Belanda dan British, berbeza dengan penggunaan bahasa kolonial di beberapa negara yang terjajah (Ruj: https://www.abim.org.my/bahasa-melayu-bahasa-persatuan-di-rantau-nusantara/ ).

Launch of AVB Edisi Katolik

AVB – Menyatukan Masyarakat Pelbagai Kaum 

Bahasa Melayu adalah bahasa bagi pelbagai kumpulan etnik di serata rantau ini.  Semoga AVB layak dijadikan alat penghubung untuk menyatukan penduduk-penduduk serantau tanpa mengira etnik dan kaum.