Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

AVB Launch in Peninsular Malaysia

AVB launch event held in the Klang Valley on 25 May2016.

National leaders came forward during the launch to declare their united support. A number of spiritual leaders jointly expressed their views the AVB is historically important to the national Church.

 

A media consultant was at the launch to report on the event.

The Malay language edition of the report:

Stephen Ng (seorang penulis dan perunding media) turut hadir serta melaporkan tentang pelancaran pada 25 Mei itu:

Saya menganggapnya sebagai satu penghormatan besar untuk diundang ke majlis pelancaran AVB pada 25 Mei 2016.

Walaupun saya pernah mendengar tentang kerja-kerja penterjemahan yang telah dimulakan lebih daripada 10 tahun yang lalu daripada salah seorang penterjemah utama, perkara itu tidak mendapat perhatian saya, sehinggalah Datuk Kenny Ng menyebut mengenainya baru-baru ini. Dan akhirnya undangan itu telah sampai ke tangan!

Sebaik saja majlis itu dimulakan, saya merasa dilanda suatu kekaguman yang memuncak dalam diri saya. Sambil acara itu berjalan, saya merasa seolah-olah sedang duduk bersama umat Israel sewaktu Ezra membuka lembaran Taurat untuk dibacakan buat kali pertama sejak mereka dibuang negeri. Pelancaran AVB di kalangan ketua-ketua gereja, pastor-pastor dan pemimpin-pemimpin gereja sebagai hadirinnya, memberi saya satu perasaan yang menakjubkan, sama seperti Firman Tuhan akan diberikan buat pertama kalinya kepada rakyat Malaysia. Timur dan Barat, kita adalah satu negara, dan Bahasa Malaysia adalah bahasa penghantar kepada lebih 27 juta orang.

Ini tidak bermakna rakyat Malaysia belum lagi memiliki Alkitab yang sepenuhnya dalam bahasa tempatan yang boleh dianggap moden dan kukuh secara teologia, tetapi pelancaran AVB menandakan permulaan satu era yang baru. Sebagaimana diungkapkan oleh Rev Datuk Jerry Dusing dalam ucaptamanya, keperluan amat mendesak untuk umat Tuhan memiliki satu versi Alkitab dalam bahasa tempatan yang mudah didampingi oleh mereka yang fasih dalam bahasa kebangsaan, dan pada waktu yang sama kukuh secara teologia. Selepas penerbitan AVB, beliau juga berharap dapat melihat penghasilan sebuah kamus kata-kata teologia dalam BM, dan juga sebuah Alkitab sejajar BM/Ibrani/Yunani, supaya pendidikan teologia dalam BM dapat berkembang.

Ternyata Tuhanlah yang mengarahkan keseluruhan prosesnya. Bebanan Dusing telah membawanya kepada sebuah pasukan kecil Kristian dari Semenanjung yang telah pun memulakan usaha penterjemahan. Pada waktu itu, pasukan itu telah pun menyiapkan terjemahan seluruh Perjanjian Baru, dan sebilangan besar buku-buku Perjanjian Lama. Penterjemahan ini telah melalui banyak kali semakan bersama pakar-pakar Pejanjian Lama dan Baru, iaitu satu rangka kerja yang bagus yang boleh diharapkan untuk keperluan masa depan kita: pendidikan teologia yang kukuh berdasarkan Bahasa Malaysia.

Pada masa yang sama, ianya juga telah memenuhi salah satu matlamat yang telah ditetapkan oleh Bible Society of Malaysia (Persatuan Alkitab Malaysia), dan Biskop Ng Moon Hing lantas mengatakan, "Menterjemahkan Alkitab dalam sebanyak bahasa dan suku bahasa tempatan sepatutnya adalah tugas kami, tetapi ini telah disiapkan oleh sekumpulan sukarelawan tanpa kos kepada Bible Society!”

Untuk sebab itu, acara pemimpin-pemimpin yang mewakili Gereja Malaysia menyampaikan AVB kepada generasi muda yang diadakan itu amat simbolik untuk melambangkan Raja Daud menyampaikan baton kepada anaknya Salomo untuk membina bait Allah. Kita berharap generasi muda akan dapat membina di atas dasar yang telah diletakkan, dan menyebarkan Firman Tuhan secara meluas ke seluruh negara.

Segala kemuliaan kepada Allah di syurga, yang daripada-Nya semua berkat mengalir. Tentunya dengan pembacaan AVB yang bersungguh-sungguh, gereja Yesus Kristus akan melihat gelombang baru yang ajaib pada tahun-tahun mendatang.