Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kamus Perincian

Yesus Kristus

Juga dikenali sebagai Anak Maria, atau Yesus. Yesus ialah nama peribadi-Nya dan berasal daripada kata Ibrani yang bermaksud 'Allah menyelamatkan.' Kristus ialah gelaran istimewa hanya untuk Yesus. Nabi-nabi dahulukala telah menulis bahawa Kristus akan datang untuk menjadi raja teragung orang Yahudi. Orang Yahudi itu mengharapkan Kristus itu akan melepaskan mereka daripada penjajahan Roma, tetapi tujuan kedatangan-Nya jauh lebih besar daripada itu. Dia telah datang sebagai cahaya dunia untuk melepaskan manusia daripada kegelapan dosa (Yoh 8:12). Lihat \bd Kristus\bd*.