Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 37

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Jangan gusar kerana orang melakukan kejahatan

dan jangan iri hati kepada orang yang melakukan kedurjanaan;

2kerana tidak lama lagi mereka akan ditebas seperti rumput,

dan layu seperti layunya tumbuhan hijau.

3Percayalah kepada TUHAN, dan lakukan kebaikan;

tinggallah di tanah ini dan berpeganglah kepada kesetiaan-Nya.

4Cari kebahagiaan daripada TUHAN,

maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu.

5Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN;

percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak:

6Dia akan menyatakan perbenaranmui seterang cahaya,

dan keadilanmu seterang matahari tengah hari.