Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kolose 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Ucapan syukur dan doa

3Kami mengucapkan syukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, dan kami sentiasa mendoakan kamu, 4sejak kami mendengar tentang imanmu dalam Kristus Yesus dan kasihmu terhadap semua orang salih – 5kerana harapan yang ada bagimu di syurga, yang telah kamu dengar dalam kata kebenaran, iaitu Injil, 6yang telah datang kepadamu. Di seluruh dunia, Injil ini sedang membuahkan manfaat dan tersebar luas, seperti dalam kalanganmu sejak kamu mendengar dan mengetahui kasih kurnia Allah dalam segala kebenarannya. 7AKamu telah mendengar juga daripada teman sekerja kami yang dikasihi, Epafras, yang menjadi hamba Kristus yang beriman bagi kami, 8yang juga telah menceritakan kepada kami kasihmu dalam Roh.

9Oleh itu, sejak kami mendengarnya, kami juga tidak putus-putus mendoakan kamu, dan memohon supaya kamu dipenuhi pengetahuan tentang kehendak-Nya dalam segala kebijaksanaan dan pengertian rohani. 10Kami mendoakan demikian supaya hidupmu layak di hadapan Tuhan, dan kamu mendapat sepenuh keredaan-Nya dalam segala hal: membuahkan manfaat dalam setiap pekerjaan yang baik, bertambah-tambah mengenal Allah, 11diteguhkan dengan segala kekuatan berdasarkan kuasa-Nya yang mulia, yang mendatangkan kesabaran dan kebahagiaan. 12Kita mengucapkan syukur kepada Bapa kita yang telah melayakkan kita menerima sebahagian warisan orang yang salih dalam cahaya. 13Dia telah melepaskan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kerajaan Anak yang dikasihi-Nya, 14Bmelalui Dialah kita ditebus dan mendapat pengampunan dosa.