Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Keluaran 32

A A A
Alkitab Versi Borneo
21Berkatalah Musa kepada Harun, "Apakah yang dilakukan umat ini terhadap kamu, sehingga kamu mendatangkan dosa yang begitu besar atas mereka?"

22Kata Harun, "Janganlah hendaknya amarah tuanku menyala-nyala, tuan sendiri tahu betapa jahatnya umat ini. 23Mereka berkata kepadaku, 'Buatkan kami tuhan-tuhan yang dapat memimpin kami kerana kami tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Musa yang membawa kami keluar dari Mesir. 24Lalu aku berkata kepada mereka, 'Sesiapa yang memiliki emas, tanggalkanlah. Mereka pun memberikannya kepadaku dan aku menuangkannya ke dalam api, lalu keluarlah arca anak lembu ini."

25Ketaralah kepada Musa bahawa akibat perbuatan Harun, umat itu sudah menjadi tidak terkawal lagi hingga mengaibkan orang Israel sendiri di hadapan para musuh mereka. 26Maka berdirilah Musa di pintu gerbang perkhemahan itu lalu berkata, "Sesiapa yang memihak kepada TUHAN, datanglah kepadaku!" Lalu berkumpullah seluruh bani Lewi di sekelilingnya. 27Kata Musa kepada mereka, "Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, 'Hunuslah pedang kamu masing-masing! Lintasilah perkhemahan ini dari pintu ke pintu dan bunuhlah saudara, sahabat, dan tetangga masing-masing!" 28Bani Lewi pun melaksanakan seperti yang diarahkan oleh Musa itu lalu pada hari itu matilah kira-kira tiga ribu orang dalam kalangan umat itu. 29Kemudian Musa berkata, "Pada hari ini kamu telah mentahbiskan dirimu demi TUHAN, kerana masing-masing mengorbankan anaknya dan saudaranya semoga Dia mengurniakan berkat kepadamu pada hari ini."

30Keesokan harinya, Musa berkata kepada umat itu, "Kamu telah melakukan dosa besar, maka aku akan naik menghadap TUHAN, mudah-mudahan aku mendapat pendamaian bagi dosa kamu itu." 31Lalu kembalilah Musa menghadap TUHAN dan berkata, "Ya, umat itu telah berdosa besar dengan membuat untuk diri mereka tuhan daripada emas. 32ASemoga Engkau ampunkanlah dosa mereka itu, namun begitu, jika tidak, semoga dihapuskan sahaja namaku daripada kitab yang telah Kautulis nama para umat-Mu."