Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yo'el 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Belas ihsan Tuhan

18Maka Tuhan menjadi cemburu

kerana tanah-Nya lalu berbelas kasihan kepada umat-Nya.

19Tuhan menjawab dan berfirman kepada umat-Nya,

"Sesungguhnya, Aku akan mengirimkan kepadamu gandum, air anggur, dan minyak,

sehingga kamu akan kenyang dengan semuanya itu.

Aku tidak akan lagi menjadikan kamu

suatu celaan antara bangsa-bangsa.

20Tentera dari utara itu akan Kujauhkan daripadamu

dan akan Kuhalaukan ke tanah yang gersang dan sunyi sepi,

barisan depannya ke Laut Timur

dan barisan belakangnya ke Laut Barat.

Bau busuknya dan bau hanyirnya akan naik,

sebab dia telah melakukan hal-hal yang besar.

21Jangan takut, wahai tanah, bergembiralah dan bersukacitalah,

kerana Tuhan telah melakukan hal yang besar.

22Jangan takut, wahai binatang-binatang liar,

kerana padang-padang rumput di gurun telah bersemi.

Pokok menghasilkan buahnya,

pokok ara dan pokok anggur memberikan kekayaannya.

23Wahai bani Sion, bergembiralah

dan bersukacitalah kerana Tuhan, Allahmu,

kerana Dia mengurniakan kepadamu

hujan awal musim dengan adilnya.

Dia menurunkan hujan bagimu,

hujan awal musim ataupun

hujan akhir musim seperti dahulu.

24Tempat-tempat pembantingan tuaian akan dipenuhi gandum,

tempat-tempat pemerasan akan berkelimpahan air anggur dan minyak.

25Aku akan memulihkan bagimu tahun-tahun yang dilahap oleh belalang besar,

belalang pelahap, belalang pemusnah, dan belalang pengerat,

iaitu pasukan-Ku yang besar,

yang telah Kukirimkan kepada kalangan kamu.

26Kamu akan makan banyak-banyak sampai kenyang

dan memuji nama Tuhan, Allahmu,

yang telah melakukan keajaiban untukmu.

Umat-Ku tidak akan malu lagi untuk selama-lamanya.

27Kamu akan mengetahui bahawa Aku hadir di tengah-tengah Israel,

bahawa Akulah Tuhan, Allahmu, dan tidak ada yang lain.

Umat-Ku tidak akan malu lagi untuk selama-lamanya."