Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Filipi 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Segalanya untuk Kristus

1Akhir kata, saudara-saudaraku, bersukacitalah dalam Tuhan! Bagiku menuliskan perkara yang sama kepadamu tidaklah menjemukan, dan ini memastikan keselamatanmu. 2Awas orang yang bersikap seperti anjing, awas orang yang berbuat jahat, awas tukang sunat yang palsu. 3Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah – 4walaupun aku sendiri ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah. Jika sesiapa menyangka dia ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah, aku lebih lagi. 5BAku disunatkan ketika berumur lapan hari, berbangsa Israel, daripada suku Benyamin, seorang Ibrani keturunan orang Ibrani; dalam hal Taurat aku orang Farisi; 6Cdari segi kesungguhan, aku telah menganiaya jemaah; dari segi perbenarani dalam mentaati Taurat, aku tiada cacat cela. 7Tetapi segala yang dahulu merupakan untung bagiku, sekarang kukira rugi kerana Kristus. 8Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus, 9dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan perbenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada Kristus, perbenaran daripada Allahii melalui iman. 10Aku hendak mengenal-Nya dan kuasa kebangkitan-Nya, dan turut merasai penderitaan-Nya, serta menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya, 11supaya pada akhirnya aku dapat mencapai kebangkitan daripada kematian.