Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 10

A A A
Alkitab Versi Borneo
25Yesus menjawab, "Aku sudah pun mengatakannya kepada kamu, tetapi kamu tidak mahu percaya. Segala yang Kulakukan dengan nama Bapa-Ku memberikan kesaksian tentang diri-Ku. 26Kamu tidak percaya kerana kamu bukan kawanan domba-Ku. 27Domba-domba-Ku mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku. 28Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku. 29Bapa-Ku yang mengurniakan mereka kepada-Ku lebih besar daripada siapa pun. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada Bapa. 30Aku dan Bapa adalah satu."