Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Firman menjadi manusia

1Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. 2Dia bersama Allah pada permulaan. 3Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. 4Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. 5Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.

Yohanes 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
9Itulah cahaya benar yang menerangi setiap manusia, sedang mendatangi dunia.

10Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. 11Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. 12Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. 13Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.

14Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.