Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 5

A A A
Alkitab Versi Borneo
31Jika Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, itu tidaklah wajar diterima sebagai bukti yang sah. 32Ada lain yang memberikan kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian yang disampaikan-Nya tentang-Ku itu benar.

Kesaksian Yohanes

33AKamu telah mengutus orang untuk berjumpa dengan Yohanes, dan dia telah bersaksi tentang kebenaran. 34Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian manusia. Aku menyebutnya supaya kamu percaya dan dapat diselamatkan. 35Yohanes ibarat pelita yang menyala dan bercahaya. Bagi seketika lamanya, kamu memilih untuk menikmati cahayanya. 36Tetapi kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yohanes. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku. 37BBapa yang mengutus-Ku dan memberikan kesaksian tentang diri-Ku ini belum pernah kamu dengar suara-Nya atau lihat wajah-Nya. 38Firman-Nya tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa.

Kesaksian Kitab

39Kamu mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku. 40Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal.