Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 12

A A A
Alkitab Versi Borneo
23Yesus berkata kepada mereka, "Sudah sampai masanya Anak Manusia dimuliakan. 24Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika benih gandum tidak jatuh di tanah lalu mati, benih gandum itu hanyalah benih. Tetapi sekiranya benih itu mati, benih itu akan banyak menghasilkan buah. 25AOrang yang sayangkan hidupnya akan kehilangan hidup itu. Tetapi orang yang tidak sayangkan hidupnya di dunia ini akan mendapat hidup yang kekal. 26Sesiapa yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa."

27"Hati-Ku resah. Apa yang akan Kukatakan? Patutkah Aku berkata, 'Bapa, jauhkanlah Aku daripada saat penderitaan ini?' Namun demikian, sebab itulah Aku datang menghadap saat ini. 28Bapa, tunjukkanlah kemuliaan nama-Mu!"

Ketika itu kedengaran suara dari langit berkata, "Aku sudah menunjukkan kemuliaan-Ku dan Aku akan menunjukkannya lagi."

29Antara orang ramai yang mendengar suara itu, ada yang berkata, "Guruh." Tetapi ada pula yang berkata, "Bukan. Malaikat bercakap kepada-Nya."

30Yesus berkata kepada mereka, "Suara itu kedengaran bukan demi kepentingan-Ku tetapi demi kepentinganmu. 31Sudah sampailah masanya dunia ini dihakimi. Kini pemerintah dunia ini akan digulingkan. 32Apabila Aku diangkat tinggi di atas bumi, Aku akan menarik semua manusia kepada-Ku." 33Kata-kata Yesus ini membayangkan cara kematian-Nya kelak.