Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 12

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus memberitahu tentang kematian-Nya

20Di antara orang ramai yang pergi ke Yerusalem untuk beribadat pada waktu perayaan itu ada sebilangan orang Yunani. 21Mereka mendapatkan Filipus, yang berasal dari Betsaida di Galilea, lalu berkata, "Tuan, kami ingin bertemu dengan Yesus." 22Filipus pun memberitahu Andreas lalu mereka berdua pergi menyampaikan hal itu kepada Yesus.

23Yesus berkata kepada mereka, "Sudah sampai masanya Anak Manusia dimuliakan. 24Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika benih gandum tidak jatuh di tanah lalu mati, benih gandum itu hanyalah benih. Tetapi sekiranya benih itu mati, benih itu akan banyak menghasilkan buah. 25AOrang yang sayangkan hidupnya akan kehilangan hidup itu. Tetapi orang yang tidak sayangkan hidupnya di dunia ini akan mendapat hidup yang kekal. 26Sesiapa yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa."