Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 41

A A A
Alkitab Versi Borneo

Israel hamba Allah

8A"Tetapi engkau, wahai Israel, hamba-Ku,

wahai Yakub, yang telah Kupilih,

keturunan Abraham, sahabat-Ku,

9yang telah Kuambil dari hujung-hujung bumi

dan Kupanggil dari penjuru-penjurunya,

Aku berkata kepadamu, 'Engkaulah hamba-Ku,

Aku sudah memilih engkau dan tidak menolak engkau.

10Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu.

Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu.

Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau.

Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.'

11Sesungguhnya, semua orang yang marah kepadamu

akan menjadi malu dan mendapat aib.

Orang yang berbantah-bantah dengan engkau

akan menjadi seperti tidak ada dan binasa.

12Apabila engkau mencari orang yang bertengkar dengan engkau,

kau tidak akan menemui mereka.

Orang yang berperang melawan engkau

akan menjadi seperti tidak ada dan hampa,

13kerana Aku, TUHAN, Allahmu,

memegang tangan kananmu

dan berfirman kepadamu, 'Jangan takut, Aku akan menolong engkau.'